21 January 2013

Subhanallah! Universiti Harvard Jadikan Al Quran Sebagai Panduan



MASSACHUSETTS - Universiti Harvard menuliskan potongan ayat Al Quran dari surah An Nisa 'ayat 135 pada dinding pintu masuk utama kampus Fakulti Undang-Undang. Tulisan itu sebagai bentuk ungkapan keadilan yang teragung dalam sejarah di dunia, demikian laporan sebuah surat khabar di Saudi, Ahad 13/1 lalu.

Tulisan potongan ayat Al Quran surat An nisa pada dinding yang menghadap pintu masuk utama fakulti undang-undang universiti terkemuka dunia itu sengaja dikhaskan untuk ungkapan-ungkapan penting dan garis panduan tentang keadilan.

Ayat yang terpampang adalah firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَى أَنْفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ إِنْ يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَى بِهِمَا فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَى أَنْ تَعْدِلُوا وَإِنْ تَلْوُوا أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا


"Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan. "(TMQ An nisa ': 135)

Adalah seorang mahasiswa asal Saudi yang tengah menempuh pengajian di Harvad, Abdullah Jum'ah, yang mengambil gambar tulisan ayat Al Quran itu dengan kamera. Ia kemudian memasukkan ke laman media sosial Twitter.

"Saya melihat bahawa ayat ini ditulis oleh fakulti undang-undang, sebagai penggambaran keadilan yang paling agung dalam sejarah," kata Abdullah Jum'ah.

"Jika kita melihat tafsir ayat mulia tersebut, kita akan dapati bahawa Allah SWT mengajak bicara kepada orang-orang yang beriman dan meminta mereka untuk berbuat adil dalam segala hal, walaupun terhadap diri sendiri. Dan tidak boleh menyembunyikan persaksian apa pun yang nantinya terjadi. Dan dalam melaksanakan keadilan, tidak boleh membezakan antara yang kaya dan yang miskin "tambahnya.

Harvard University ditubuhkan di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat, pada tahun 1636. Universiti ini merupakan institusi pendidikan tinggi tertua di Amerika Syarikat sekaligus paling berprestij di dunia.

0 comments:

Post a Comment