16 January 2013

Mujahidin tegas akan terapkan Syariah Islam di Syria selepas Assad Jatuh


Berkerumun di sekitar bangunan yang terbakar setelah diasak oleh rejim Assad di Aleppo, Mujahidin asing (dari luar negara-red) yang berjuang bersama dengan Mujahidin tempatan mengatakan mereka berperang untuk mendirikan sebuah negara Islam di Syria.

Di antara rakan-rakan revolusi dan orang awam, para pejuang asing ini dihormati kerana disiplin mereka dan jika Assad jatuh, mereka mungkin akan menyelesaikan perjuangan untuk kekhilafahan Islam.

Seorang Mujahid asal Turki di daerah Karm al-Jabal, Aleppo menyatakan tekad untuk mencapai terbentuknya sebuah negara di bawah undang-undang Islam di mana negara-negara Barat sangat membimbangkan hal ini.

"Syria akan menjadi negara Islam dan Syariah ditegakkan dan kami tidak akan menerima apa-apa lagi. Demokrasi dan sekularisme telah benar-benar ditolak," ujarnya yang menyebut dirinya Khattab seperti dilaporkan Reuters.


Memakai pakaian sporty dengan janggut panjang dan membawa AK-47 di bahunya, ia memberi amaran kepada siapa sahaja yang mungkin menghalang. "Kami akan melawan mereka, bahkan jika mereka adalah salah satu kaum revolusi atau sesiapa pun," ujar Khattab, yang meninggalkan pekerjaannya sebagai pemandu untuk berperang di Afghanistan selama dua tahun dan kemudian pindah ke Syria sejak enam bulan lalu.

Seorang anggota dari unit Jundullah, Khattab mempunyai sedikit pengetahuan tentang bahasa Arab, ia berbicara di runtuhan bangunan dengan penterjemah Syria dan menolak untuk diambil gambarkannya atau difilemkan kerana takut dikenalpasti apabila kembali ke Turki.

Amerika Syarikat telah menetapkan kelompok Jabhah an-Nushrah sebagai organisasi "pengganas" pada bulan Disember lalu dan menyatakan bahawa kumpulan tersebut yang berkaitan dengan Al-Qaeda. Namun penduduk tempatan dan malah warga Palestin serta Muslim di seluruh dunia menyatakan sokongannya terhadap kelompok ini.

Di Aleppo, bandar terbesar di Syria, pengaruh kumpulan ini sangat terasa. Banyak Mujahid yang berlalu-lalang melintasi jalan-jalan yang hancur dengan kereta yang dihiasi bendera Islam hitam.

Mujahidin juga tak jarang bekerjasama dengan unit FSA di mana banyak anggota FSA memuji kemahiran tempur Mujahidin-telah terasah di Afghanistan dan Iraq-dengan mengatakan mereka adalah salah satu pejuang yang berani walaupun cenderung ditutup. Walaupun sebenarnya banyak di antara anggota Jabhah an-Nushrah merupakan Mujahid pemula yang sebelumnya belum pernah terjun di medan Jihad manapun.

Salah satunya adalah Abu al-Harits, seorang pemuda dengan tubuh tegap berusia 27 tahun dari Azerbaijan yang bercakap di sebuah pangkalan di Karm al-Jabal, Aleppo.

"Ini adalah pertama kalinya saya memulakan Jihad, kerana tidak ada yang lebih buruk daripada Bashar. Bahkan Stalin masih mempunyai belas kasihan berbanding dengan dia (Assad)," ujarnya yang mengenakan topeng dan pakaian seragam tentera berwarna hijau dengan simbol bendera Islam berwarna hitam di lengannya.

Kebimbangan terhadap para Mujahid setelah jatuhnya Assad kerana menolak negara demokrasi di masa depan semakin menjadi di kalangan Barat dan pemimpin FSA sekular.

Beberapa Jihad menyatakan ketidakpercayaan terhadap FSA dan beberapa tetingginya. Kerana mereka mempunyai sedikit perbezaan dengan Barat dan negeri-negeri Islam yang menyokong FSA.

"Semua bercakap tentang kebebasan, demokrasi dan negara sekular dan keadaan kebebasan terbuka seperti sistem Amerika dan Eropah, Islam tidak dipedulikan sama sekali," ujar Abu Muawiyah (25), seorang Mujahid bertubuh kurus yang mengatakan ia berasal dari luar bandar Aleppo.

"Ada beberapa kumpulan yang berperang seperti FSA, yang mempunyai hubungan ke negara lain seperti Turki, Arab Saudi dan Qatar dan negara-negara ini mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat," ujarnya. "Amerika akan melawan kumpulan Islam. Itu jelas bagi semua orang."

Tujuan yang sama

Sementara Washington telah membentuk Koalisi Nasional dan menyatakan sebagai satu-satunya wakil rakyat Syria yang "sah", penunjukkan front an-Nushrah sebagai organisasi "pengganas" telah membuat marah banyak pemimpin puak pemberontakan. Mereka mengatakan walaupun berbeza ideologi, tetapi mereka melawan musuh yang sama.

Front an-Nushrah mempunyai reputasi disiplin yang terkenal dan sangat sukar mencari orang yang akan mengkritik hal itu. Abu Abdo, seorang pejuang di garis depan di Aleppo, mengatakan ia telah cuba bergabung dengan kumpulan itu, namun ditolak kerana dirinya seorang perokok.

Kolonel Abduljabbar Oqaidi, yang mengetuai dewan tentera revolusi di Aleppo juga membela an-Nushrah. "Kami mungkin berbeza pemikiran dengan mereka," ujarnya kepada Reuters.

"Mereka semangat hingga hari terakhir mereka menentang rejim bersama kami, kami belum melihat 'ekstrimisme' mereka. Mereka tidak melakukan sesuatu yang membuktikan mereka adalah pengganas," ujarnya. "Sesiapa yang berperang melawan rejim adalah mujahid dan seorang revolusi dan kami mencium dahi mereka," tambahnya.

Sebaliknya, sokongan terhadap FSA terus mengikis di Aleppo kerana beberapa kes perompak.

"Unit terbersih di medan, dengan tidak adanya rasuah di banjarannya adalah Front an-Nushrah. Kelompok ini kini mempunyai asas yang popular. Mungkin ideologi mereka jauh dari rakyat, tapi rakyat menyukasi an-Nushrah," ujar Abu Ahmed yang memimpin unit Brigade al-tawheed di Aleppo.

"Ketakutan terhadap an-Nushrah terjadi kerana intimidasi media," katanya.

0 comments:

Post a Comment