26 January 2013

Wajib Baca: Jangan Korbankan Orang Tua Demi Isteri


Suami Harus Mendahulukan Ibunya Daripada Isterinya. Sangat wajar kalau anak lelaki meskipun sudah berkahwin tapi tetap memerhatikan ibu dan bapanya, bahkan ini adalah kewajipan anak lelaki kepada orang tuanya, terutama ibu. Meski anak sudah berkeluarga dan punya rumah sendiri, ia tetap wajib memelihara orang tuanya, termasuk nafkah seandainya mereka memang sudah tidak mampu bekerja lagi.


Anak lelaki harus taat kepada ibunya, bukan isterinya. Justeru istrilah yang harus patuh pada suaminya.

Dalam sebuah hadis sahih, diriwayatkan bahawa Aisyah Ra bertanya kepada Rasulullah saw, "Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita?" Rasulullah menjawab, "Suaminya" (apabila sudah berkahwin).

Aisyah Ra bertanya lagi,
"Siapakah yang berhak terhadap seorang laki-laki?" Rasulullah menjawab, "Ibunya" (HR. Muslim)

Tetapi yang menyedihkan ada isteri zaman Sekarang Kebanyakan Bermusuhan Dengan Ibu Mertuanya. Bagi isteri, bertemu dengan ibu mertua sama dengan bertemu Mak Lampir dan menyusahkan.Seorang suami yang bijak seharusnya boleh memimpin isterinya agar sedar dan mengerti bahawa seorang lelaki meskipun sudah berkahwin, tapi masih punya kewajipan mengurus ibunya. Isteri yang baik tidak akan melarang suaminya berbuat baik kepada orang tuanya.Sepatutnya , seorang isteri membantu suaminya dengan cara memberi dorongan dan peluang kepadanya untuk berbuat baik kepada orang tuanya. Tidak perlu takut, kalau suami memberi wang kepada ibunya. Yakinlah, dengan rahmat-Nya, Allah akan melipat gandakannya.

Ini bererti apabila orang tua memerlukan bantuan, maka kita tidak boleh menolak, apalagi sampai menyakiti perasaannya.
Begitu penting berbuat baik dan berterima kasih kepada kepada kedua orang tua kita, sampai Rasulullah bersabda, "Redha Allah terdapat pada keredhaan orang tua. Dan murka Allah terdapat pada kemurkaan orang tua "(HR. Tirmidzi).

Demikian tinggi kedudukan orang tua terhadap anaknya terutama anak lelaki, sampai-sampai Allah baru meridhai kita kalau orang tua redha kepada kita. Sebaliknya, Allah akan marah kepada kita apabila kita mensia-siakan orang tua. Kerana itu, janganlah seorang anak laki-laki mengorbankan orang tua demi isteri, walaupun isteri tersebut sangat cantik! 

Sebab berbakti kepada orang tua termasuk kewajipan utama yang perintahnya sejajar dengan perintah beribadah kepada Allah, "Dan Tuhanmu telah memerintahkan

supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik baiknya "(Surah Al-Isra ': 23).

Dengan seperti itu, seorang isteri akan mendapat pahala kebaikan pula. Sebaliknya, jika isteri menghalang suami berniat baik terhadap ibubapanya, maka ia akan mendapat dosa & balasan Allah sangat pedih.Ingat suatu hari nanti kita pun akan tua tidak berdaya & memerlukan anak-anak utk membantu kita.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Berita Agama

 

Halimislam Online 2011-2012. All Rights Reserved | Back To Top |