13 January 2013

Komuniti Muslim India Larang Telefon Bimbit Canggih Bagi Anak perempuan

INDIA - Sebuah komuniti Muslim tempatan di daerah Udaipur di negara bahagian Rajasthan, India barat laut, telah mendesak keluarga untuk melarang anak perempuan membawa telefon bimbit dan menari di majlis perkahwinan untuk menjaga keselamatan dan keamanan mereka.

"Kami telah meminta keluarga dalam masyarakat untuk tidak membenarkan anak perempuan mereka membawa telefon bimbit di luar rumah," Habiburrehman, setiausaha Anjuman Muslim Panchayat di bandar Salumbur, mengatakan kepada agensi berita PTI pada Jumaat, Januari 11 sebagaimana dilaporkan oleh onislam.net.

"Mereka boleh menggunakannya di depan orang tua mereka tetapi tidak di sekolah atau kampus sehingga mereka tidak terlibat dengan kanak-kanak laki-laki."

Habiburrehman menambah bahawa larangan lain terhadap wanita yang menari dalam perkahwinan dilakukan untuk melindungi wanita menjadi suatu objek dari tindak jenayah dan moral.

"Kami juga menentang manjadikan perempuan sebagai objek sehingga memutuskan untuk melarang mereka menari dalam prosesi perkahwinan yang lakukan secara terbuka di jalan-jalan," katanya.

"Namun, tidak ada sekatan dalam rumah mereka dan mereka boleh menari atau menyanyi di dalam rumah."

Panchayat juga telah memberi amaran terhadap pasangan kahwin lari kerana mereka akan dipulaukan oleh masyarakat. Mereka bahkan akan memberikan denda bagi yang berkahwin di luar komuniti mereka.

"Denda 51,000 rupe akan dikenakan pada mereka. Mereka yang berkahwin dengan masyarakat yang berbeza juga akan harus membayar denda," kata Habiburrehman.

"Beberapa pasangan yang tidak boleh berkahwin melawan hasrat keluarga," kata ahli Panchayat tersebut.

Dia menambah bahawa Panchayat menentang kebebasan perempuan.

"Kami menyokong mereka untuk mendapatkan pendidikan, tetapi pada saat yang sama, kami ingin memastikan bahawa mereka mengikuti dan menghormati aturan sosial juga,"

Sebelumnya di India, Madrasah yang terkenal Darul Uloom Deoband, juga melarang penggunaan telefon multimedia terhadap mahasiswanya. Namun masih membenarkan penggunaan telefon tanpa ciri-ciri multimedia.

0 comments:

Post a Comment