22 January 2013

Gaji Penjawat Awam Naik Hingga 5 Peratus Bulan Depan



Ini adalah satu berita gembira buat penjawat awam. Namun bukan semua, hanya untuk mereka yang sudah mencapai tangga gaji maksimum sahaja.

Menurut laporan berita harian hari ini, penjawat awam yang mencapai tangga gaji maksimum mungkin menerima kadar kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus yang dijangka diumumkan pada bulan depan.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata kajian mengenainya sudah selesai dilaksanakan tetapi kadarnya akan bergantung kepada prestasi dan implikasi kewangan kerajaan.

    "Saya tidak mahu lihat penjawat awam melakukan tugas dengan baik tetapi menerima gaji yang statik…ini yang ingin saya ketengahkan," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

Bagaimanapun, kenaikan gaji itu hanya membabitkan kakitangan awam yang mempunyai prestasi perkhidmatan cemerlang serta mencatat markah 80 dan ke atas dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT).

0 comments:

Post a Comment