1 January 2013

Bashar kini dalam ketakutan yang amat, setiap hari tidur di bilik yang berbeza

Syria - Presiden Syria Bashar al-Assad dikhabarkan selalu bimbang setiap hari terakhir ini. Sebuah laporan mendedahkan, setiap malam Bashar tidur di bilik yang berbeza dan lebih berwaspada dalam hal makanan, kerana didorong ketakutan akan pembunuhan terhadapnya.

Presiden Syria yang beberapa waktu lalu bersumpah dalam sebuah tayangan di televisyen untuk "hidup dan mati" di Syria, kini "menyekat kenalan hanya dalam lingkaran kecil anggota keluarga dan penasihat dipercayai," demikian Washington Post memetik sejumlah laporan dari pegawai AS dan Timur Tengah pada hari sabtu sebagaimana dikeluarkan oleh alarabiya.net.

"Laporan mengatakan Assad tidur di bilik yang berbeza setiap malam dan tidak keluar rumah pada siang hari. Semua dilihat sebagai penunjuk bahawa presiden menjadi sangat waspada pada keselamatan, kerana takut terkena peluru penembak tepat atau tembakan yang lain," demikian pemberita akhbar itu.

"Gerakannya menunjukkan keadaan takut berterusan," kata seorang pegawai Timur yang tidak mahu disebut namanya.

Rusia mengakui pada Sabtu lalu bahawa Assad tidak akan dipujuk untuk mengalah tetapi berkeras masih ada peluang untuk mencari penyelesaian politik bagi menamatkan konflik yang telah berlangsung hampir dua tahun ini.

Utusan perdamaian Antarabangsa, Lakhdar Brahimi memberi amaran, Syria menghadapi pilihan antara "neraka atau proses politik" selepas perbincangan dengan Menteri Luar Negeri Rusia Sergei Lavrov pada pertemuan di akhir tahun ini sebagai usahanya untuk mempercepatkan langkah, untuk menghentikan konflik di Syria yang kini dianggarkan telah membunuh lebih dari 45,000 orang.

Lavrov mengatakan ia dan Brahimi setuju ada harapan untuk penyelesaian asalkan kekuatan dunia menekan kedua-dua belah pihak.

0 comments:

Post a Comment