14 January 2013

Allahuakbar! Briged Kristian Syria bergabung dengan Mujahidin menentang rejim Assad

Damascus - Sebuah brigade Kristian Syria yang turut berjuang menentang rejim kezaliman telah terbentuk di sekitar Damsyik.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di Youtube, sekumpulan pemuda Kristian Syria menyatakan bahawa mereka adalah Brigade Ansarullah yang bergabung dengan Mujahidin Islam dalam melawan rejim Syiah Nushairiyah pimpinan Bashar Assad.

Dengan tampil mengangkat senjata dan menggunakan penutup kepala, berdiri dengan latar bendera Syria dan salib, Brigade Kristian Syria menyatakan, "Kami adalah para pejuang Kristian Syria, mengumumkan pembentukan sebuah brigade Ansarullah di sekitar Damsyik dan bergabung dengan revolusi Muslim untuk mempertahankan tanah air kami, untuk menggulingkan rejim zalim ini dan untuk menegakkan keadilan di negaara ini tanpa ada pemisah (diskriminasi etnik atau agama) di antara rakyat. "

Mereka juga menyeru kepada rakyat Syria yang belum bangkit untuk berjuang untuk bangkit menentang kezaliman.

"Kami menyeru kepada seluruh rakyat Syria untuk bangkit menentang kezaliman!"

0 comments:

Post a Comment