17 January 2013

Al Qaeda Maghribi berjaya menawan 41 Warga Asing, Termasuk 7 Warga Amerika


NOUAKCHOT - Rangkaian Al Qaidah di Algeria mengaku telah menawan 41 orang, termasuk tujuh warga negara Amerika, lima warga Jepun dan sejumlah warga Britain, Perancis, Norway dan beberapa negara lain.

Aksi tebusan ini berlaku selepas serangan di sebuah kilang minyak di Algeria selatan. Maklumat ini pertama kali dilaporkan dua media Mauritania yang dipetik REUTERS Khamis 17/01 semalam.

Al Qaidah Algeria yang lebih dikenali sebagai AQIM (Al-Qaeda Islamic Maghreb) menyatakan, serangan ini mereka lakukan kerana kerajaan Algeria memberikan izin tentera Perancis menggunakan lapangan terbang mereka untuk berlepas. pesawat pejuang Perancis yang mengebom wilayah Mali. Jurucakap Al Qaeda menyampikan dakwaan ini kepada pejabat berita ANI dan Sahara Media.

Selain menawan 41 orang, dalam serangan di kilang minyak British Petroleum (BP) itu, satu orang warga negara Perancis dan Britain terbunuh.

Dalam aksi tebusan ini, Al Qaeda membebaskan tawanan warga negara Algeria, dan tetap mengurung tebusan warga negara Barat.

0 comments:

Post a Comment