31 January 2013

Subhanallah! Sotong Yang Mampu Meniru Lebih 15 Spesis (Foto+Video)


Seperti yang kita tahu, wujudnya pelbagai jenis sotong yang hidup di lautan dalam. Mungkin juga terdapat spesis sotong yang kita sendiri tidak pernah temui. Terdapat satu jenis sotong yang dikenali sebagai Mimic Octopus dipercayai mempunyai satu kelebihan yang luar biasa. Kelebihan yang dimaksudkan di sini adalah ia mampu meniru bentuk hidupan yang berada di sekelilingnya terutama di dasar laut. Boleh tonton video di atas.

Mimic Octopus ialah satu spesis sotong kurita yang mempunyai kelebihan luar biasa iaitu meniru dan berubah bentuk dan warna menjadi 15 spesis kehidupan laut lain. Ia mampu membesar sehingga 60cm dan warna asalnya ialah coklat berbelang putih. Ia boleh ditemui di perairan laut Sulawesi, Indonesia.



Subhanallah! Satu Keajaiban telah Berlaku Di Bumi Gaza

Kisah pelik dan unik memang banyak terjadi dan ditemui di bumi yang diberkati Allah swt. Palestin terutamanya di wilayah Gaza tidak terkecuali.  Pada kali ini admin ingin berkongsi tentang seekor burung di Gaza yang dipetik daripada laman sosial milik Aman Palestin Mesir, mereka mendakwa burung peliharaan as-Syahid Ahmad Abu Kamil masih lagi setia hinggap di sisi darah bekas tuannya itu. Gambaran seperti ini menunjukkan bahawa terdapat keajaiban yang dikurniakan Allah SWT kepada hamba-Nya yang berjuang ikhlas fi sabililah.



Seekor burung kakak tua kepunyaan As- Syahid Ahmad Abu Kamil ketika dia masih hidup, beliau telah syahid setelah serangan 8 hari Israel terhadap Gaza..

Setelah kesyahidan beliau,burung itu hinggap dengan setia diatas darah bekas As- Syahid Ahmad Abu Kamil. Difahamkan,burung ini telah di alihkan dan di buang ketempat yang lain beberapa kali,akan tetapi dia tetap pulang semula ke kawasan tersebut dan hinggap di atas bekas darah As -Syahid Ahmad Abu Kamil..

Team Produksi Disebalik Kontroversi Drama SAHARA Terdedah

 Patut la merepek tak tentu hala jalan ceritanya. Rupanya orang yang mengarahkan drama neh pun bukan orang islam. Yang aku pelik. Kan ada pengarah bersama. A.Harith tue bukan orang islam ke? Atau sekadar nama tempelan tetapi tak buat apa2 kerja?

Kalau dia orang islam dah lama dah dia patut tegur cara arahan Dinesh Samby.  Atau mungkin dia bersetuju dengan cara olahan Dinesh Samby mengenai sekolah tahfiz dan wanita berpurdah?

Muslim dan non muslim bersatu buat drama merepek atas tujuan dakwah. Ingatkan orang bukan islam jek reti hina islam. Rupanya yang sama akidah pun tak kurang hebatnya dalam menyelewengkan ajaran islam sebenar ek?

Lihat bawah ;

pengarah kreatif :Anup Malik
pengarah fotografi : Kamarul Ariff Jamaluddin
penyunting: D’nesh dan Muhd Syamim
Penerbit eksekutif: Jamal Hj Ismail (astro)
Penerbit eksekutif : Devraj Nair
Penerbit : RAAM Punjabi
Pengarah: Dinesh Samby dan A.Harith
Gambar pengarah yang berbaju kotak hitam ;



 Secara peribadi pendapat aku tiada salahnya untuk orang bukan islam terbitkan dan arahkan drama2 berbentuk dakwah. Tetapi seeloknya sila dapatkan nasihat dari mereka2 yang pakar sebelum mengarahkan apa2 drama atas tujuan dakwah. Bimbang mesej dakwah yang ingin disampaikan tak sampai2 kepada penonton. Sebaliknya menambahkan salah faham dan kebencian pula.

Itu kalau orang islam yang tengok. Bayangkan kalau non muslim yang tengok? Silap2 depa cakap orang melayu neh pongpang2 jek cakap pasal islam. Pakai tudung pegang tangan juga. Main cinta juga. Sekali pandang mesti kita seme ingat owhh drama2 macam neh mestilah orang muslim yang buat. Takan orang bukan islam pula yang buat. Betul tak? So sekaligus menghasilkan persepsi negatif kepada umat islam itu sendiri.
Berikut kat bawah pula pendapat Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Azhar Idrus berkenaan drama Sahara ;


Komen Ustaz Zaharuddin ;

"Drama ini patut diKRITIK dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab. Wanita berhijab TIDAKLAH sedemikian murah untuk berdating, berpegangan tangan, berpelukan dengan lelaki bukan mahram. Kalau kita marah-marah non muslim menghina dan memberi gamabarn salah terhadap kalimah Allah dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Islam sendiri."

Dan, aku juga nak tambah sikit. Penerbit dan pengarah drama2 yang bukan ala2 islamik juga. Jangan ingat bila drama2 korang bukan ala2 islamik korang bebas pula pakai seksi dan berpelukkan. Korang pun tak kurang teruknya macam penerbit2 drama di atas. Tak kira sapa pun korang berhentikan memaparkan hiburan yang melampaui batas.

Kot ye pun nak kan hiburan, berpada2 la. Jangan sampai hukum apa seme main langgar lari jek.

Adil ke undang-undang macam ini? Wanita pertahankan diri dari dirogol dipenjara 2 tahun

Di Ipoh semalam kes seorang isteri yang cuba dirogol oleh seorang lelaki yang tak dikenalinya berakhir dengan kisah menyayat hati apabila wanita yang hampir menjadi mangsa rogol itu telah dihukum penjara kerana tindakannya melawan perogol tersebut telah menyebabkan kematian perogol berkenaan. Dan kerana perbuatan mempertahankan dirinya itu, Mahkamah Tinggi Ipoh semalam telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas S. Kalaichelvi, 24 tahun, seorang suri rumah selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang lelaki yang cuba memperkosanya pada tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abid. Ghani memerintahkan S. Kalaichelvi menjalani hukuman tersebut selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian M. Kumaran, 29, di dalam rumahnya di Taman Bistari, Ayer Tawar, Manjung di antara pukul 3 hingga 3.30 pagi pada 7 Januari 2010.

Mengikut fakta kes, perogol itu menceroboh rumahnya ketika suami wanita itu tiada di rumah. Wanita itu walaupun cuba dikasari oleh lelaki jahanam itu tapi dia dapat melarikan dirinya ke dapur dan sempat mencurahkan serbuk cili ke mata perogol itu. Dalam keadaan matanya yang pedih, perogol itu masih cuba untuk mendapatkan Kalaichelvi, tapi wanita tersebut dengan pantas mencapai sebatang besi dan memukul kepala lelaki yang cuba merogolnya. Pukulan itu menyebabkan si-perogol itu mati di dalam rumahnya.

Hakim Zainal Adzam dalam penghakiman bertulisnya berkata, Kalaichelvi sepatutnya dihukum lebih berat kerana melakukan pembunuhan kejam terhadap perogol tersebut.

Hakim kata Kalaichelvi telah melakukan "pembunuhan kejam", tapi pada pandangan korang perbuatan merogol orang itu tak kejamkah? Jika korang menjadi wanita itu, adakah korang akan menyerah diri kepada perogol itu tanpa melawan atau bertindak berani untuk mempertahankan diri seperti yang dilakukan oleh Kalaichelvi?

Jika Kalaichelvi hanya membiarkan dirinya diperkosa dan lepas itu pergi ke balai polis membuat laporan, dia pasti tak akan dihukum penjara dua tahun. Perogol itu mungkin akan dipenjara dan lepas keluar penjara dia akan mencari Kalaichelvi untuk merogolnya sekali lagi atau mungkin akan pergi mencari wanita lain, termasuk kakitangan Mahkamah untuk merogol mereka pula. Atau jika tak bernasib baik mungkin selepas merogolnya, perogol itu akan membunuh Kalaichelvi untuk menghapuskan bukti!!

Allahu akbar! Mujahidin Syria berjaya merampas pangkalan tentera Assad di Damsyik

Damaskus - Dalam rangka merebut Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dan memusnahkan khemah pemeriksaan tentera rejim Nushairiyah Syria yang telah membalas kehinaan dan penindasan terhadap kaum muslimin di kota Haran Awamid, daerah Ghautah Timur, daerah Pinggiran Damsyik, maka beberapa kumpulan mujahidin Islam dan mujahidin FSA melakukan operasi gabungan dalam skala besar pada Isnin 28/1/2013 lalu. Mujahidin berjaya meraih kemenangan tajam menusuk dan melenyapkan khemah pemeriksaan tentera tersebut. Ini kenyataan rasmi dari mujahidin Ghautah Timur seperti dilaporkan oleh agensi berita Koordinator Revolusi Ghautah Timur.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Allah Ta'ala berfirman:

"Dan bukanlah kamu yang menembak ketika anda menembak, akan tetapi sebenarnya Allah-lah yang menembak." (Surah Al-Anfal [8]: 17)

Penjelasan tentang peperangan "Perkemahan kaum muslimin" di Ghautah Timur - Haran Awamid

15 Rabi'ul Awwal 1434 H - 28 Januari 2013 M

Dengan kurniaan Allah semata, para pendekar Free Syrian Army berjaya mengebom dan melenyapkan khemah pemeriksaan Haran Awamid dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik. Operasi serangan gabungan itu dilakukan oleh Brigade Imam Husain, Brigade Ibnu Taimiyah Al-Harrani, Brigade Syabab Al-Huda, Brigade Ahrar asy-Syam, Brigade Isa bin Maryam, Regu Tugas-tugas Khas, Batalion Tugas-tugas Khas dalam Bahagian I dan Briged Abdullah bin salam.

Layak untuk disebutkan bahawa khemah pemeriksaan tentera Haran Awamid merupakan khemah pemeriksaan strategik di Ghautah Timur, kerana letaknya berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik. Ia merupakan sebuah pengkalan tentera menyeluruh yang dibina oleh rejim Asad di pintu masuk kawasan Haran Awamid, disertai perampasan terhadap rumah-rumah penduduk di sekitar khemah tentera tersebut, perampasan kilang roti wilayah tersebut, kawasan pertanian, taman bandar dan sekolah Haran Awamid sehingga mengakibatkan kegiatan sekolah di bandar itu berhenti total sejak beberapa bulan yang lalu.

Posko pemeriksaan tentera Haran Awamid juga diperkuatkan oleh beberapa kereta kebal dan meriam artileri, lebih dari 150 tentera dan militia Syiah Shabihah, yang dilengkapi lengkap dan beberapa sniper tentera yang tak pernah segan menembak para penduduk awam yang tidak berdosa.

Sejak dibina hingga saat ini, khemah pemeriksaan tentera Haran Awamid telah menghina penduduk awam yang tidak berdosa di kawasan tersebut. Terlebih penghinaan dan penghinaan yang mereka lakukan terhadap kaum wanita kita. Khemah itu telah melakukan penangkapan-pengangkapan kejam, penggeledahan-penggeledahan membabi buta, pelaksanaan lapangan yang sadis dan penembakan mati terhadap penduduk awam yang tidak berdosa di kota Haran Awamid. Hal itu memaksa sebahagian besar penduduk Haran Awamid untuk pergi berpindah dengan meninggalkan rumah-rumah dan harta-harta mereka. Di belakang mereka hanya tinggal sebahagian kecil penduduk yang tak memiliki harta apa-apa untuk dapat berpindah.

Rejim Asad telah menutup semua kedai roti di kota Haran Awamid dan hanya menyimpan sebuah took roti yang berada di sebelah khemah pemeriksaan tentera Haran Awamid. Hal itu memaksa kaum wanita untuk berangkat dan membeli roti di kedai tersebut, agar suami-suami mereka tidak ditangkap oleh tentera rejim Asad saat membeli roti, namun tentera rejim Asad menjadikan kaum wanita tersebut sebagai sasaran gangguan.

Maka lebih baik kami mati daripada seorang wanita di antara kaum wanita kami dinodai kehormatannya. Sungguh telah lama kami menunggu-nunggu dan bersabar atas kebiadaban khemah pemeriksaan tentera itu. Maka khemah pemeriksaan tentera itu harus dilenyapkan. Kebatilan harus lenyap dan kebenaran harus muncul.

Operasi serangan ini bermula dengan pergerakan mujahidin, setelah mereka berserah diri sepenuhnya kepada Allah, dengan hati yang dipenuhi oleh keimanan dan jiwa yang tenang kerana yakin akan pertolongan dari Allah semata.

Para pendekar mujahidin menghentam khemah pemeriksaan tentera Haran Awamid dengan sebuah kereta penuh bom yang digerakkan dengan remote dari jarak jauh. Setelah itu mujahidin mula menyerbu ke dalam khemah, maka bermulalah operasi penyisiran dan pembersihan terhadap bangunan-bangunan warga yang dirampas oleh pasukan rejim Asad. Mujahidin berjaya menghancurkan dua buah kereta kebal dan sebuah panser BMP, membunuh beberapa tentera dan menawan bakinya.

Dalam sebuah usaha yang gagal, pasukan rejim Asad menghantar dua regu pasukan kereta kebal untuk menghalau mujahidin. Namun mujahidin dari Brigade Ababil Ghautah Timur dan brigade-brigade lain telah mengawasi mereka. Mujahidin berjaya menghancurkan tank-tank musuh dan jip-jip BMP, menewaskan dan menawan banyak tentera rejim Asad.

Para pendekar mujahidin juga menghujani Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik dengan tembakan kereta kebal, mortal dan roket. Segala puji bagi Allah.

Beberapa orang mujahid juga gugur dalam pertempuran, kami mengharapkan pahala mereka sebagai syuhada 'di sisi Allah' Azza wa Jalla.

Allahu akbar walhamdu lillah

Perang "Perkemahan kaum muslimin di Ghautah Timur" - Membebaskan khemah pemeriksaan tentera Haran Awamid

Ujian Untuk Mengesan Jin Dalam Badan Anda

Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan.

Sebelum ini penulis ada sediakan artikel Petanda Seseorang Mempunyai Saka, alhamdulilah dari artikel tersebut penulis terima banyak respon dari pembaca.

Dalam artikel kali ini penulis kongsikan mengenai Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda, jangan pandang remeh untuk artikel kali ini. Penulis harap anda berikan tumpuan semasa membaca artikel Ujian Mengesan Jin Dalam Badan.

UJIAN MENGESAN JIN DALAM BADAN ANDA

Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1

Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

 

Langkah 2

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3

Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Mengesan Jin Dalam Badan

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk. Di bawah ini ada sebuah video khas penerangan oleh ustaz Sharhan Shafie tentang cara-cara mengetahui adakah kita mewarisi saka.
 
 Untuk dapatkan lebih lanjut lagi mengenai Petanda Seseorang Mempunyai Saka

 Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.

30 January 2013

Subhanallah! Kesan menakjubkan Bacaan Al-Quran Kepada syaraf, otak dan organ tubuh manusia

"Tak ada lagi bacaan yang dapat meningkatkan terhadap daya Ingatkan dan memberikan ketenangan kepada seseorang kecuali membaca Al-Qur'an ...".

Dr Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan Serius di Klinik Besar Florida Amerika Syarikat, berhasil membuktikan hanya dengan mendengarkan bacaan ayat-ayat Alquran, Seorang Muslim, baik mereka yang berbahasa Arab maupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologis yang sangat besar.

Penurunan tekanan, kesedihan, memperolehi ketenangan jiwa, menangkal pelbagai macam penyakit merupakan Pengaruh umum yang dirasakan orang-orang yang menjadi Objek penelitiannya.

Penelitiannya disokong dengan bantuan alat elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, denyutan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. Dari hasil ujianya ia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit.

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah penelitian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan hingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya.

Kesimpulan hasil uji cuba tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan Universiti Boston. Objek kajiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri daripada 3 lelaki dan 2 wanita. Kelima orang tersebut sama sekali tidak memahami bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Quran.

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, iaitu membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Quran. Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan hingga 65% ketika mendengarkan bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Quran.

Al-Quran memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut didedahkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997. Menurut kajian beliau, bayi yang berusia 48 hari yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Quran dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang.

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Quran. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita. Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ​​) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain menjejaskan IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ).

Maha Benar Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Quran, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

29 January 2013

Apa dosa kanak-kanak ini digigit bapa sehingga hidung dan bibirnya putus?

Tangisan anak kadang-kala boleh sakit kepala juga dibuatnya. Tapi ada caranya untuk redakan tangisan itu. Bukanlah bertindak seperti bapa ini yang sanggup gigit hidung dan bibir atas anaknya hingga putus!

Kejadian tindakan bapa tidak masuk akal ini berlaku di Kampung Siyana, daerah Bikaner.

 Memetik berita dari MailOnline ini, Bhadar Singh, 36, pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan turut memukul isterinya, Santosh selepas wanita itu enggan menurut arahannya pada Khamis lalu.
Tangisan anak sulung mereka, Bhanwar Kanwar,3, yang tidak sanggup melihat ibunya dipukul telah mengejutkan adiknya yang sedang tidur.

Radha dipercayai turut sama menangis tidak lama selepas itu.

Bunyi tangisan kedua-dua anaknya yang semakin kuat dikatakan menjadi punca lelaki tersebut berang lalu bertindak luar kawalan hingga sanggup mencederakan Radha.

Bhadar ditahan oleh jiran mereka sebelum diserahkan kepada polis pada Jumaat lalu.
Suspek kini didakwa atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah dengan cara berbahaya yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun atau seumur hidup jika didapati bersalah.
Radha pula dirawat di Hospital Peringatan Putera Bijay Singh (PBSM) di Bikaner.

Ketua Jabatan Pediatrik di PBSM, Dr Girish Prabhakar berkata, Radha perlu menjalani pembedahan plastik di Jaipur kerana keadaannya kini menyebabkan bayi itu bakal berhadapan kesukaran untuk bercakap atau makan pada masa depan.

Astro PRIMA dikecam kerana filem SAHARA yang melampau

Hentikan drama SAHARA.

Sejujurnya aku tak tengok langsung drama melayu bertajuk SAHARA ini. Aku pun tak berapa pasti jalan cerita dia macam mana tetapi dikatakan jalan cerita dalam drama ini telah melakukan penghinaan ataupun sindiran kasar dan halus terhadap ;

1. Mereka2 yang berpurdah/menutup aurat

2. Sekolah2 Tahfiz

3. Islam secara tidak langsung

Berikut luahan yang ditulis oleh mereka2 yang sedang giat berkempen membantah penayangan drama SAHARA di saluran Astro PRIMA.


Kami mengecam ASTRO PRIMA kerana menayangkan drama SAHARA yang secara terang-terangan mengeksploitasikan muslimah yang berniqab.

Apakah nilai yang cuba disampaikan oleh penerbit, pengarah dan ASTRO PRIMA sendiri melalui drama yang terang-terangan menghina hukum Allah dan mengundang fitnah ke atas imej para ummahatul mukminin.

Amat menjijikan apabila agama dipergunakan demi survival drama ini. Malang sekali kerana pengarah drama juga merupakan seorang muslim. muslim yang gagal meletakkan sensitiviti agama di tempat yang sepatutnya.

Demi kesucian Islam dan keluhuran sunnah baginda nabi saw, kami menggesa pihak ASTRO PRIMA Hentikan Drama Sahara ini serta merta!


Di atas ini versi promo yang diupload oleh sumber asal iaitu pihak produksi drama SAHARA. Video asal telah dipadamkan dari youtube. Rasanya kerana menerima komen2 negatif kot.

Dan menurut mereka yang membantah penayangan drama SAHARA ini lagi ;
Pengarah sepatutnya memikirkan bagaimana nk menonjolkan kesucian islam bukan memperlekehkan pakaian sunnah. Betul....kami niqabis bukan sempurna tp jgn diperlekehkan pakaian sunnah ini...kalau kamu sayang pada baginda saw..kamu x mungkin membuat penghinaan seperti ini kan? Mungkin drama ini konsep dakwah komedi tp harus clear perkara2 yg boleh merosakkan aqidah. Kamu pencetus pemikiran negatif pada jiwa anak2 org islam. Bagaimana org lain ingin melihat islam itu agama yg suci dan indah bilamana kamu sendiri yg merosakkannya. Fikir2kan lah..hidup kita bukan atas d

28 January 2013

Apabila Sudah Terlalu Bijak

Kerja orang-orang pandai…Pandai ker?






27 January 2013

Kisah isteri Memasukan darah Haid ke dalam Makanan Suami


Seperti yang telah diceritakan oleh seorang ustaz. untuk bacaan kita bersama – sebagai pengajaran dan tauladan bagi para isteri – dan secara tak langsung juga kepada para suami. Begini ceritanya…

---------------------------------------------

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,

” Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.

Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.

Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.

“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.

“Keluar lendir bercampur nanah.”

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.

Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. Arifin menyambung ceritanya;

Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”

Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.”

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.

Dia minta saya maafkan.”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.

Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.”

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.

Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.

Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.

Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

Iklan Solat Yang Tidak Pernah Wujud Di Malaysia

Video Iklan Solat Yang Tiada Di Malaysia ini menunjukkan sebuah iklan animasi yang mengisahkan tentang seorang pemuda Islam yang sangat rajin bersenam (atau work-out) sehingga larut malam. Akibat kepenatan, dia telah tidur tanpa menunaikan solat. Ketika dia bangun tidur, kelihatan seorang tua bertongkat dalam keadaan bersusah payah ingin pergi menunaikan solat subuh di masjid. Perkara ini telah melembutkan dan menyedarkan hati pemuda tersebut lalu segera menunaikan solat berjemaah dengan orang tua itu.

Jangan hanya mempunyai badan “tough” dan menarik tetapi solat sangat liat dan malas. Beriadah atau bersenam itu amat dituntut oleh Islam dan insyaAllah mendapat pahala dilakukan. Tetapi ia boleh menjadi HARAM jika solat wajib diabaikan. Jadilah orang Islam umpama sahabat-sahabat Nabi seperti Saidina Ali dan Saidina Umar yang sihat perkasa tubuh badan tetapi iman, rohani dan amal tetap kuat dan terpelihara.

[Video] Misteri Monster Laut Terakam Di Laut Inggeris


Sebuah kamera yang digunakan untuk operasi pengeboran laut dalam di Inggeris menangkap objek makhluk misteri. Objek ini kelihatan seperti gumpalan besar berwarna kecoklatan dan telus.

Sejumlah ahli yang dipetik media massa tempatan menyebutkan bahawa dianggarkan makhluk ini akan menimbulkan kekecohan seperti Monster Montauk. Si Montauk itu menyapu pesisir pantai Long Island beberapa tahun lalu.

Menurut laman Business Insider, makhluk telus ini telah dikenalpasti sebagai ubur-ubur Deepstaria enigmatica. Dia tidak berwarna. Tapi sejumlah laporan saksi mata menyebutkan bahawa haiwan ini mempunyai perut kecokelatan. Idetifikasi memang perlukan dilakukan terutama untuk dapat menjelaskan tanda heksagon pada bahagian puncak makhluk aneh ini.

Deepstaria enigmatica ini termasuk ubur-ubur dalam famili Ulmaridae. Ubur-ubur ini kali pertama ditemui pada 1967 oleh FS Russel.

Menurut Dailymail.co.uk, makhluk ini juga diduga sebagai Stygiomedusa gigantea. Jenis ubur-ubur ini boleh tumbuh memanjang hingga 6 meter. Binatang ini baru dilihat 114 kali selama 110 tahu sehingga keterangan detailnya masih jarang ditemui.

Subhanallah! Ibu Kurang Siuman ini Bersalin dengan Mudahnya


Seorang ibu yang tidak mempunyai rumah telah melahirkan anak lelakinya di lorong gelap sebuah pasar raya di daerah Baiyun, bandar Guangzhou, China.

Dengan hanya berbekalkan gunting yang dibawa ke mana sahaja, wanita malang itu telah menggunting tali pusat bayinya itu dan urinya telah dicampakkan ke dalam tong sampah.

Selepas itu, si ibu dilihat berjalan sejauh enam kilometer di sebatang jalan sambil mengendong bayi lelakinya itu.

Lebih malang lagi, bayi berkenaan tidak dibalut atau diselimutkan dengan sebarang kain.

Orang ramai yang melihat situasi wanita itu cuba untuk menghulurkan bantuan dengan membawa wanita dan bayinya ke hospital yang berdekatan, tetapi wanita itu langsung tidak memperdulikan pelawaan tersebut.

Tetapi, atas desakan orang ramai, wanita itu dibawa juga ke sebuah hospital untuk diberikan rawatan lanjut.

Namun, wanita itu bertindak keluar dari hospital tersebut selepas kira-kira lima jam berada di sana.

Dia kemudiannya sekali lagi dilihat merayap di sekitar jalan di bandar itu.

Malah dia sempat meletakkan bayinya di atas jalan tanpa sebarang alas sewaktu hendak meminum air di dalam lopak berhampiran.

Polis dipanggil tidak lama selepas itu bagi membolehkan keadaan wanita dan bayi lelakinya diberikan rawatan sekali lagi di hospital.

Pihak hospital memaklumkan yang wanita tersebut mengalami masalah tekanan jiwa dan mental yang teruk.

Difahamkan wanita tersebut sudah merayap di sekitar bandar Guangzhou sejak beberapa bulan lalu dan hanya memakan sisa-sisa makanan yang dibuang.




P/S: Walau bagaimana pun, biar pun dia gila tapi dia masih lagi menjaga anak nya, tidak di buang merata-rata tak seperti orang yang mgnaku kononya tak gila tu.

26 January 2013

Kisah Dr Aafia Siddiqui ilmuwan Muslimah Pakistan Yang Di Perkosa & Disiksa dalam Penjara


Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam mengunjungiku. Lalu Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah Radhiallahu Anhu, dan mengenalkannya kepada isterinya bahawa inilah putriku Afia.

Usaha pembebasan Dr Aafia Siddiqui terus dilakukan oleh kaum Muslimin dari berbagai rantau dunia. Muslimah Pakistan, Dr Aafia Siddiqui saintis yang dipenjara di Amerika, menderita barah dan mengalami gangguan seksual selama dalam tahanan. Dr Aafia Siddiqui lahir di Karachi, Pakistan, tarikh 2 Mac 1972. Dia adalah ibu dari tiga orang kanak-kanak dan juga seorang penghafal (hafiz) Quran. Aafia dan ketiga-tiga anak itu ditangkap oleh agen perisikan Pakistan pada bulan Mac 2003 dan diserahkan kepada orang-orang Amerika di Afghanistan dan dipenjarakan di Bagram.

Di penjara ia berulang kali diperkosa, disiksa dan didera selama bertahun-tahun. Pada tarikh 4 Ogos 2008, pendakwa raya persekutuan di Amerika Syarikat menegaskan Aafia Siddiqui telah dihantar pulang ke AS dari Afghanistan. Dia ditahan sejak pertengahan Julai 2008. Selama dalam tahanan wanita kecil dan lemah ini dituduh menembak para pegawai AS (padahal tidak ada yang terluka) sementara dirinya lah yang terluka selama proses penahanan itu.

Berikut ini pidato yang menyentuh dari Lauren Booth seorang mualaf England dalam aksi 'Menentang Penahanan Aafia Siddiqui' di London 23/9/2012. Lauren Booth dikenali hebat melakukan pembelaan terhadap umat Islam yang ditindas. Meskipun merupakan saudara ipar dari mantan PM England Tony Blair, Booth dengan berani menyeru menyeret mantan PM England itu bersama George W Bush ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa kerana bertanggungjawab dalam berbagai kejahatan terhadap umat Islam.

Ini isi pidato dari Laurent Booth:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,

Wahai saudara-saudaraku seiman, Aafia Siddiqui adalah saudara kita dalam ikatan kemanusiaan. Dia adalah saudara kita dalam Islam, dan apa yang telah dilakukan Amerika terhadapnya adalah sebuah tindakan jenayah, dan mengapa mereka memenjarakan seorang wanita seperti saudara kita Aafia? Mari kita lihat sebenarnya siapakah dia. Aafia Siddiqui adalah seorang ahli sains biologi saraf, salah satu dari para saintis genius umat kita sekarang.

Wahai saudara-saudaraku, enam bulan yang lalu saya berada di Malaysia, saya mendatangi sebuah persidangan yang bertujuan untuk membawa George Bush dan Tony Blair ke mahkamah Hague, mahkamah dengan tuduhan jenayah perang. Di persidangan itu saya berbincang dengan seseorang ibu-ibu Iraqi, yang telah diambil dari rumahnya, yang telah dituduh dengan salah satu tuduhan jenayah Amerika, yang telah diseksa, anak saudaranya telah dibawa ke penjara dan dibogelkan di hadapannya, dan dimalukan dengan tindakan yang lain, anak perempuannya diancam akan diperkosa.

Kalau ada orang yang berani mengecam kita sebagai tunjuk perasaan anti Barat, maka kami akan katakan jangan cuba-cuba mengancam kami secara emosional, kerana undang-undang yang buruk tetaplah hukum yang buruk, tindakan jenayah tetaplah jenayah, dan kita akan selalu memprotesnya hingga Allah subhana wa ta 'ala memanggil kita .. dan kamu tidak akan mendiamkan kami dengan tuduhan-tuduhan 'anti Barat' dan 'anti-Semitisme'

Saudara-saudara, Afia Siddiqui tidak ditahan sebagai pengganas

Dia ditahan kerana dia adalah saintis biologi saraf

Dia ditahan kerana dia adalah seorang aktivis

Kalian mungkin tidak tahu, tetapi dalam masa 5-6 tahun sebelum dia ditahan, Afia telah menyuarakan deritanya Bosnia, Afghanistan, Iraq dan umat Islam di dunia.
Lauren Booth

Afia adalah seorang yang terbaik di antara umat kita ini

Saya bekerja dengan Muslim Legal Fund (yayasan bantuan undang-undang untuk Muslim) di Amerika, dan ketahuilah ketidakadilan yang menimpa Afia bukanlah satu-satunya ..

Saat ini di Amerika ada sekitar 300 saudara Muslim yang menjalani hukuman penjara dalam masa yang lama kerana tuduhan yang berdasarkan motivasi pre-emptive (sangkaan kejahatan sebelum kejahatan tersebut terjadi)

Amerika senang melakukan tindakan pre-emptive, seperti serangan pre-emptive dan sekarang mereka mahu keadilan pre-emptive.

Kamu tahu? Menurut saya mereka terlalu banyak menonton filem, siapa yang telah menonton Minority Report? Di dalam filem tersebut Tom Cruise adalah seorang polis dari masa depan, dan tidak ada kejahatan sama sekali, kerana jika ada tindakan jenayah, mereka boleh ke masa depan dan menghentikan tindakan jenayah tersebut. Mereka berfikir bahawa itu yang sedang berlaku di Amerika. Jika kamu berpakaian seperti "pengganas", jika kamu pergi ke persidangan-persidangan aktivis, jika kamu membantah dan kalian sesuai dengan kriteria-kriteria tersebut, Amerika akan melakukan tindakan pre-emptive dengan memasukkan kamu ke penjara dengan tuduhan jenayah pengganas, sebuah tindakan yang tidak kalian lakukan, dan tidak akan pernah kamu lakukan, saya mahu kamu semua bersedia terhadap ini, bukan bererti saya ingin kalian takut saudara-saudara, tapi kita harus bersatu.

Afia Siddiqui selalu teguh berjuang untuk saudara-saudara dan tidak pernah mundur. Demikian pula kita juga harus bersikap sama dengan Afia dan umat Islam yang lain di masyarakat kita.

Kerana kalau kita lihat England sekarang, ketika salah seorang dari saudara kita ditahan, seseorang yang kita kenal, mungkin dia seorang doktor, atau sukarelawan, tahukah kita apa yang terjadi? Apakah kita masih mahu mengunjunginya, atau kita berdalih kita bimbang terhadap keluarga kita .. ingat bahawa kita semua akan mempertanggungjawabkan kepada Allah berkaitan nasib saudara-saudara kita.

Maka kita tidak boleh takut, undang-undang yang tidak adil tetap jua tidak adil.

Dan saya akan tamatkan dengan kenyataan ini. Afia Siddiqui adalah mangsa ketidakadilan, tapi tidak ada yang menang di sini. Saya beritahu, Subhanallah, Afia Siddiqui adalah pemenang terhadap para penahannya. Dia adalah pemenang yang sebenarnya kerana Afia menginginkan Jannah. Alhamdulillah.

Di bulan Ramadhan 2011, ibu dari Afia mendapatkan telefon dari Afia yang terpenjara di Amerika. Ibunya pun menangis .. Ia ingat cucunya perlu melalui penderitaan, cucu laki-lakinya masih hilang, dan anak perempuannya masih tidak jelas bila akan bebasnya, kecuali dengan redha Allah .. Tahukah apa yang Afia katakan kepada ibunya? "Wahai ibu janganlah menangis, saya gembira!" (Subhanallah, kenapa dia gembira?) "Wahai ibu, setiap malam dalam mimpiku Rasulullah SAW mengunjungiku. Lalu Rasulullah SAW mengajakku untuk menemui isterinya Aisyah ra, dan mengenalkannya kepada isterinya dan beliau berkata pada Aisyah .. inilah putriku Afia .. "Subhanallah

Jadi kita bukanlah pemenang, tapi kita akan menjadi pemenang kalau kita bersikap tegas dalam menegakkan keadilan demi Allah subhanahu wa ta'ala. Dan ibu Afia telah mendapat khabar bahawa Afia akan mendapatkan jannah dari Nabi Muhammad SAW dalam mimpi Afia. Allahu Akbar, takbir!

Kita tidak akan takut oleh sesiapapun, kecuali Allah SWT. assalamu'alaikum "

Hikmah Kenapa Hubungan Suami-Isteri Ketika Haid Dilarang Al Quran


Islam sebagai jalan hidup bagi manusia sempurna mengatur tata cara dan ibadah para penganutnya. Melalui Al-Quran dan Hadis yang diwariskan Muhammad SAW kepada umatnya, terdapat larangan-larangan yang perlu dijauhi dan perintah yang wajib ditaati.

Dalam ajaran Islam, hubungan suami-isteri semasa isteri sedang haid adalah perbuatan terlarang. Dalam dunia perubatan pun, hal itu juga tidak disyorkan. Bahkan berpotensi merugikan kedua-dua pasangan.

Tidak dinafikan bahawa hubungan suami isteri adalah aktiviti yang paling menyenangkan bagi ramai orang. Selain meningkatkan keharmonian rumah tangga, hubungan suami isteri juga meningkatkan keharmonian secara keseluruhan.

Hubungan Suami Isteri semasa Haid

Laura Berman, PhD, seorang pakar seks dan terapi dari Feinberg School of Medicine, Northwestern University, Chicago seperti mengatakan, hubungan seks semasa haid boleh merugikan kesihatan kedua-dua pasangan. Beberapa risiko kesihatan yang boleh berlaku akibat melakukan seks semasa haid antara lain:

Penyakit Menular Seksual

Ketika wanita mengalami haid leher rahim akan terbuka. Terbukanya leher rahim tersebut dapat memudahkan kuman dan bakteria masuk bahkan menyebar hingga ke rongga pinggul. Wanita juga berpotensi dijangkiti virus HIV dan hepatitis jika melakukan hubungan seks semasa haid.

Risiko Jangkitan

Ketika haid, dinding vagina akan mengalami keradangan pembengkakan sebagai proses semula jadi tubuh. Ketika keradangan berlaku, lapisan dinding rahim akan mengalami peluruhan selari dengan keluarnya darah . Darah tersebut merupakan media yang berpotensi mengembangkan kuman dan bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing, mani, dan prostat lelaki.

Endometriosis

Istilah tersebut pasti masih asing di telinga anda. Endometriosis merujuk pertumbuhan sel-sel di luar endometrium (dinding rahim) di tempat lain. Dalam peringkat lanjut pertumbuhan sel-sel tersebut akan mencetuskan rasa sakit ketika haid, biasa disebut dengan dismenore.Salah satu faktor penyebab endometriosis adalah regurgitasi atau_ aliran balik darah dari dalam rahim ke saluran indung telur atau_ ovari dan masuk ke dinding perut. Ini boleh terjadi jika anda melakukan hubungan seks semasa haid.

Tidak hanya itu, risiko jangkitan juga semakin meningkat baik lelaki mahupun wanita. Tahap keasidan dan kemampuan lendir vagina untuk melawan bakteria semasa haid berhubungan seks akan mengalami penurunan, sehingga berpotensi mengembangkan bakteria dan kuman yang membahayakan kesihatan.

Sudden Death

Gerakan zakar semasa haid berhubungan seks juga boleh menjadi pencetus terjadinya gelembung udara ke pembuluh darah yang terbuka. Para ahli perubatan menyatakan, jika emboli atau_ gelembung udara tersebut masuk ke dalam saluran darah, maka akan mengakibatkan penyumbatan pembuluh darah dan boleh mengakibatkan "sudden death" atau mati mendadak.

Larangan dalam Islam

Beberapa risiko di atas merupakan huraian penjelasan dalam sudut pandang kesihatan dan perubatan. Namun tahukah anda, 1500 tahun silam, Islam sudah memberitahu hal tersebut melalui Al-Quran dalam surah Al-Baqarah ayat 222.

Dalam ayat tersebut dijelaskan: "Mereka bertanya kepadamu tentang . Katakanlah: "Haid itu adalah kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu ; dan janganlah kamu mendekati mereka (berkaitan suami istri), sebelum mereka suci. Apabila mereka sudah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang taubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri. "(Surah Al-Baqarah: 222).

Oleh kerana itu, hindarilah berkaitan seks ketika isteri haid.

Wajib Baca: Jangan Korbankan Orang Tua Demi Isteri


Suami Harus Mendahulukan Ibunya Daripada Isterinya. Sangat wajar kalau anak lelaki meskipun sudah berkahwin tapi tetap memerhatikan ibu dan bapanya, bahkan ini adalah kewajipan anak lelaki kepada orang tuanya, terutama ibu. Meski anak sudah berkeluarga dan punya rumah sendiri, ia tetap wajib memelihara orang tuanya, termasuk nafkah seandainya mereka memang sudah tidak mampu bekerja lagi.


Anak lelaki harus taat kepada ibunya, bukan isterinya. Justeru istrilah yang harus patuh pada suaminya.

Dalam sebuah hadis sahih, diriwayatkan bahawa Aisyah Ra bertanya kepada Rasulullah saw, "Siapakah yang berhak terhadap seorang wanita?" Rasulullah menjawab, "Suaminya" (apabila sudah berkahwin).

Aisyah Ra bertanya lagi,
"Siapakah yang berhak terhadap seorang laki-laki?" Rasulullah menjawab, "Ibunya" (HR. Muslim)

Tetapi yang menyedihkan ada isteri zaman Sekarang Kebanyakan Bermusuhan Dengan Ibu Mertuanya. Bagi isteri, bertemu dengan ibu mertua sama dengan bertemu Mak Lampir dan menyusahkan.Seorang suami yang bijak seharusnya boleh memimpin isterinya agar sedar dan mengerti bahawa seorang lelaki meskipun sudah berkahwin, tapi masih punya kewajipan mengurus ibunya. Isteri yang baik tidak akan melarang suaminya berbuat baik kepada orang tuanya.Sepatutnya , seorang isteri membantu suaminya dengan cara memberi dorongan dan peluang kepadanya untuk berbuat baik kepada orang tuanya. Tidak perlu takut, kalau suami memberi wang kepada ibunya. Yakinlah, dengan rahmat-Nya, Allah akan melipat gandakannya.

Ini bererti apabila orang tua memerlukan bantuan, maka kita tidak boleh menolak, apalagi sampai menyakiti perasaannya.
Begitu penting berbuat baik dan berterima kasih kepada kepada kedua orang tua kita, sampai Rasulullah bersabda, "Redha Allah terdapat pada keredhaan orang tua. Dan murka Allah terdapat pada kemurkaan orang tua "(HR. Tirmidzi).

Demikian tinggi kedudukan orang tua terhadap anaknya terutama anak lelaki, sampai-sampai Allah baru meridhai kita kalau orang tua redha kepada kita. Sebaliknya, Allah akan marah kepada kita apabila kita mensia-siakan orang tua. Kerana itu, janganlah seorang anak laki-laki mengorbankan orang tua demi isteri, walaupun isteri tersebut sangat cantik! 

Sebab berbakti kepada orang tua termasuk kewajipan utama yang perintahnya sejajar dengan perintah beribadah kepada Allah, "Dan Tuhanmu telah memerintahkan

supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik baiknya "(Surah Al-Isra ': 23).

Dengan seperti itu, seorang isteri akan mendapat pahala kebaikan pula. Sebaliknya, jika isteri menghalang suami berniat baik terhadap ibubapanya, maka ia akan mendapat dosa & balasan Allah sangat pedih.Ingat suatu hari nanti kita pun akan tua tidak berdaya & memerlukan anak-anak utk membantu kita.

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam


Semua orang nak kekal cantik dan sihat….Awet muda bukan tujuan menidakkan fitrah kejadian manusia, peredaran masa yang sememangnya manusia semakin tua, yang telah Allah tentukan buat hambaNya. Kita tidak mengubah, tetapi memelihara atau menjaga serta mensyukuri nikmat Allah Yang Maha Pencipta.

Jika sayangkan sesuatu, sudah tentu kita akan menjaganya. Jadi kerana itu kita perlu menjaga kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita dengan sebaik mungkin. Lihat di bawah, baca dan praktikkan. InsyaAllah pasti menjadi, yakin pada Allah dan pasang niat yang baik maka baiklah jadinya.

Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. 3 kali.

Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.

Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Baca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.


Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum 3 teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.

Setelah itu, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.

Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.j. Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan. Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat.

Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air. Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.

Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Mulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.
Petua Untuk Awet Muda Cara Islam

Petua 1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Petua 2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.

Petua 3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

Petua 4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

Petua 5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.

Petua 6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.

Petua 7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.

Petua 8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping. *ni kalau kalian ada air telaga la yer.

Petua 9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Kisah Penuh Syahdu Tentang Kasih Ibu pada Anaknya


KISAH 1
Kisah seorang pemilik dusun durian yang menembak seekor ibu monyet. Ketika monyet itu meraung kesakitan, sedang darah mencucur deras, kesakitan menyelinap segenap saraf dan sendi, pada luka yang dalam dari bekas peluru pula berbuih terbaur darah pekat bercampur lendir kesakitan yang tidak mampu dibayangkan. Saat itu ketika anak yang bergayut pada tengkuknya meraung ketakutan, si ibu telah menarik anaknya dan diberikan susuan. Hanyir darah dan gempita kesakitan tidak dapat memisahkan kasih antara ibu dan anak. .. Sungguh tragis…. :’(

KISAH 2
Pengalaman seorang anggota bomba.
Pada suatu kemalangan dasyat di lebuhraya yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentaman maksimum. Kereta remuk sepenuhnya.Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya terlungkup pada stereng. Dia mati dengan kecederaan teruk pada tubuh dan kepalanya.

Di sebelahnya pula, si isteri sedang bergelut dengan kematian, tubuhnya pula tersepit di situ, terkapit di antara tempat duduk dan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat. Alangkah sukarnya saat itu, pada pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapan yang pecah, sedang kulit dahinya terkoyak sehingga menampakkan putih tulang tengkoraknya kesan tujahan keras dan hantukan kuat semasa titik hentaman berlaku. Tulang bahu kanannya pula patah, tulang itu tercungkil keluar mengoyakkan daging dan kulit bahunya, tangannya terkulai.

Pada saat ini ketika darah merah pekat mencucur keluar dari tubuhnya dan kesakitan tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata, dengan isyarat longlai dia meminta pada anggota bomba untuk diberikan kepadanya anaknya yang terselamat. Bayi itu masih dalam bedungan sedang menangis kuat. Si ibu dengan lelehan air mata bercampur darah, dalam tangisan pilu penuh sayu, mendakap anaknya seakan tidak mahu berpisah dengan jantung hatinya. Dalam seribu kepayahan, si ibu pada saat itu menyingkap bajunya dan menyusukan anaknya. Dalam saki baki nafasnya itu, dia memeluk anaknya, merangkul erat dan disuapkan lautan kasih sayang dalam aliran air susunya kepada mulut comel yang rakus menyusu.

Kasih ibu seputih susu sebening Firdausi. Dalam nafas sukar itu, dada si ibu berombak-ombak, nafasnya tersekat-sekat… sesaat kemudian dia memejamkan matanya yang menangis, roh berangkat pergi buat selama-lamanya. Meninggalkan anaknya bersama tangisan memanjang dalam episod kasih yang tidak kesampaian…..
Alangkah tragis kisah ini… begitu menyayat rasa … :’(

Sejenak, marilah kita berfikir tentang harga kasih seorang ibu. Luasnya rahmat Ilahi. Begitulah seorang ibu. Allah memberikan mereka rahim kerana mereka kaya dengan kasih sayang. Dalam belaian mereka kita bernafas, dalam kasih mereka kita bernadi dan dalam pengorbanan mereka kita ada pada hari ini.

WALLAHUA’LAM.

Apabila Seorang Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk


Apabila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk | “Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu dan mengambilmu satu hari nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga..”
Apabila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti)

Kamu, tulang rusukku.

    Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
    Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
    rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
    merasakan sakit di hatinya…

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku !!”

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

    Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
    Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
    dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
    terlambat…

    Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
    hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
    yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
    menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
    risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

    Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
    akibat yang akan diterima?

Wallahulam…