27 December 2012

Ulama' Kyrgyztan Larang sambut Perayaan Tahun Baru

KYRGYZTAN - Ulama Islam di Kyrgyzstan telah mengeluarkan fatwa melarang perayaan Tahun Baru di negeri ini, sehingga mengundang reaksi pelbagai daripada warganya.

"Tahun Baru ini bukanlah hari raya keagamaan," kata Ravshan Eratov, ketua Pentadbiran Agama Islam Kyrgyztan, kepada website Al-Jazeera, sebagaimana dilaporkan oleh onislam.net, Rabu 26 Disember.

"Hal ini tidak berkaitan dengan Islam sama sekali."

Eratov menekankan bahawa umat Islam mempunyai hari raya mereka sendiri iaitu Aidil Fitri, yang menandakan akhir puasa di bulan Ramadhan, dan Aidil Adha, yang menandakan akhir haji dan solat Jumaat tiap minggu.

"Hanya itu hari raya kita. Selebihnya adalah bukan dari Islam," katanya.

Perayaan Tahun Baru adalah tradisi di pelbagai negara di serata dunia, termasuk Kirgistan yang merupakan bekas bahagian uni Soviet. Eratov mengatakan duit yang dihabiskan untuk merayakan Tahun Baru boleh digunakan dalam cara yang lebih baik seperti membantu anak-anak yatim dan orang miskin.

Islam membentuk 75 peratus dari 5-juta penduduk Kyrgyzstan. Kira-kira 50,000 orang menganut Kristian evangelis dan banyak yang lain beragama Kristian Ortodoks.

Meskipun banyak warga yang menentang, namun tidak sedikit yang menyokong seruan ulama tersebut.

"Tidak, jika mereka (ulama) mengatakan tidak dibenarkan menurut syariah maka tidak dibenarkan," kata Ramil 23 tahun. "Bahkan tidak untuk perbincangan. Jika itu berlaku, sebaiknya kita mematuhi undang-undang Syariah," tambahnya.

Tahun Baru tetap merupakan hari cuti umum rasmi di Kyrgyzstan walaupun terdapat fatwa tersebut.

0 comments:

Post a Comment