28 December 2012

Seramai 900 kanak-kanak Palestin Ditangkap Israel sepanjang Tahun 2012

PALESTIN - Kerajaan Palestin ketika ini tengah mencari kemungkinan untuk memfailkan Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana menangkap 900 kanak-kanak Palestin pada tahun 2012.

Untuk mengambil langkah itu, Palestin akan menggunakan hak barunya sebagai negara pemerhati di PBB, kata Eissa Karakea, Menteri Palestin Urusan Tahanan.

"Kita perlu menggunakan status negara yang baru diperoleh untuk mengambil tindakan terhadap Israel atas kejahatan terutama penangkapan, penahanan, dan penyalahgunaan anak-anak Palestin, apalagi mereka melakukannya sebelum adanya mahkamah tentera," katanya.

Karakea menambah bahawa selepas diberikan status pemerhati, Palestin mempunyai hak untuk bergabung dengan organisasi antarabangsa hak asasi manusia dan melalui organisasi itu boleh memfailkan tuntutan terhadap Israel. Menurut Karakea, Masyarakat Antarabangsa sudah menyedari kejahatan yang dilakukan terhadap kanak-kanak Palestin.

"Beberapa organisasi hak asasi manusia yang melancarkan kempen dan mengatur persidangan dalam perpaduan dengan anak-anak Palestin dan menyebarkan testimoni jumlah korban, tapi ini tidak cukup. Kita perlu mengambil langkah lebih lanjut."

Kenyataan menteri ini berikutan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Tahanan, yang mendedahkan bahawa jumlah anak-anak Palestin yang ditahan oleh kerajaan Israel telah meningkat dari 700 pada tahun 2011 menjadi 900 pada tahun ini.

Laporan ini menambah bahawa anak-anak yang disoal siasat selama berjam-jam, sementara tangan dan kaki mereka diikat dan kadang-kadang mereka ditutup matanya. Di beberapa pusat soal siasat, laporan tersebut mencatat, anak-anak dibiarkan di luar bilik sebelum soal siasat selama berjam-jam di bawah hujan. Dalam kebanyakan kes, anak-anak menjadi sasaran pelbagai bentuk hukuman.

Para tahanan yang dirampas hak-hak asas seperti dijenguk keluarga mereka dan mereka juga tidak dibenarkan untuk duduk dengan doktor. Mereka sering ditahan bersama tahanan dewasa dan mengalami kekerasan lisan, fizikal, dan seksual oleh sesama banduan.

0 comments:

Post a Comment