24 December 2012

Pekerja di Arab Saudi Bakar diri Setelah dibuang kerja tanpa sebab

Seorang lelaki Arab Saudi dilaporkan membakar diri meluahkan kekecewaannya atas ketidakadilan sosial dan ekonomi di negara ini.

Media Saudi mengatakan pada hari Isnin (24/12/12) bahawa lelaki itu membakar dirinya kerana benci cara dia diperlakukan di tempat kerja. Dia telah dipecat begitu saja tanpa alasan oleh majikannya.

Setelah seorang lelaki Tunisia melakukan aksi bunuh diri yang kemudian mencetuskan pemberontakan anti militar di seluruh negara itu, beberapa aksi bakar diri juga berlaku di negara-negara Arab.
 
Menurut Human Rights Watch, rejim Saudi yang berkuasa ketika ini sangat menekan kebebasan mengkritik kerajaan secara terbuka.

Arab Saudi sendiri digegarkan oleh demo anti-rejim sejak Februari tahun lalu.

Para penunjuk perasaan Saudi mengadakan demo hampir setiap hari secara tetap terutama di kawasan Qatif dan bandar Awamiyah. Tuntutan utama mereka adalah pembebasan semua tahanan politik, terpenuhnya keadilan sosial, dan diakhirinya diskriminasi sistematik

0 comments:

Post a Comment