4 December 2012

Masjid Khas untuk Kaum Gay di Perancis dikecam

Perancis - Pembukaan masjid yang ditujukan untuk kaum homoseksual di Perancis mengundang kecaman dari masyarakat Muslim kerana menjalankan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam yang benar.

"Ini merupakan penyalahgunaan definisi masjid," kata Dalil Boubakeur, pimpinan Masjid Grande atau masjid Raya di Paris, FRANCE 24 melaporkan sebagaimana disiarkan onislam.net, Isnin 3 Disember.

Masjid dibuka di timur Paris pada hari Jumaat untuk dikunjungi oleh kaum homoseksual saja.

Pengasas masjid, Ludovic Mohammed Zahed, berpendapat bahawa masjid yang dia dirikan bertujuan untuk menyelesaikan masalah dalam Islam, seperti homoseksualiti. Dia juga menegaskan bahawa masjid bagi kaum homoseksual, yang terletak di sebuah kuil Hindu, adalah hasil dari tafsiran moden dari ajaran Islam. Tokoh homoseksual itu juga mengatakan bahawa perempuan akan memimpin solat Jumaat di masjidnya.

Tetapi hujah itu ditolak oleh Boubakeur, menekankan bahawa masjid itu bertentangan dengan semangat ajaran Islam.

"Masjid-masjid yang sudah ada menerima semua orang, sehingga mencipta satu (masjid) khas untuk kaum homoseksual adalah bertentangan dengan semangat (ajaran) Islam," katanya.

"Jamaah pergi ke masjid untuk beribadah kepada Allah, mereka tidak pergi untuk menunjukkan seksualiti mereka."

Homo seksualiti Tetap Haram

Para pemimpin Muslim Perancis menekankan bahawa homoseksualiti dilarang dalam Islam.

"Homoseksualiti dikutuk dalam 13 ayat Al-Quran," kata Boubakeur kepada FRANCE 24.

"Hubungan seksual hanya sah antara laki-laki dan perempuan yang sudah berkahwin."

Boubakeur mengatakan masjid gay akan berdiri "di luar masyarakat".

"Kami tidak menunjuk jari pada kaum homoseksual, tapi kami tidak boleh memberi mereka kebenaran ke titik di mana mereka menjadi diakui dalam masyarakat kami," katanya kepada Reuters.

Abdallah Zekri, Presiden Observatory Nasional Islamofobia, juga mengecam langkah itu.

"Kita tahu bahawa Muslim homoseksual ada, tetapi membuka masjid (bagi mereka) adalah penyelewengan," katanya kepada FRANCE 24.

0 comments:

Post a Comment