4 December 2012

Kenapa Zionis Hancurkan Masjid dan Al-Quran Sejak tahun 2003 lagi?

Jerussalem - Mahkamah Tinggi Israel perkenankan permohonan kelompok Yahudi Regavim untuk menghancurkan Masjid al-Mafqara di Yatta. Anggota tentera dikerahkan, menghancurkan masjid yang berada di Banjaran Hebron tersebut.

Regavim menggugat lantaran masjid yang berada di wilayah pendudukan Palestin tersebut menyalahi undang-undang. Struktur bangunan yang menyalahi peraturan menjadi alasan kehakiman perkenankan kumpulan pemohon tersebut.

Sejumlah saksi mengatakan, warga Palestin cuba menghalang aksi vandalisme legal tersebut. Laman Israel Ynetnews mengkhabarkan perjuangan sia-sia warga pendudukan tidak dilayan oleh tentera dengan peralatannya.

Tentera menporak-perandakan isi masjid selama penghancuran. Laman talian itu mengatakan Kitab Suci Al-Quran dipijak-pijak oleh unit ketenteraan apabila memasuki masjid tersebut.

Warga sempat memohon agar kitab suci di perpustakaan masjid terlebih dahulu diselamatkan. Namun pasukan keselamatan menolak permintaan, dan mulai menceroboh masjid dan kandungannya secara kejam.

Lembaran kitab suci umat Islam itu berterbangan dan tercicir di jalanan. Penduduk yang histeria tidak dapat berbuat banyak lantaran ketatnya pengawalan. Mereka mengutuk aksi tersebut, dan meminta perlindungan hak-haknya untuk menjalankan aktiviti ibadat.

Tentera Israel seperti dilaporkan maanews sudah menghancurkan masjid tersebut sejak 2003 lagi. Tahun 2011 tentera sempat cuba menghancurkan beberapa bahagian masjid.

Kemudian Jun tahun ini warga dan aktivis antarabangsa berusaha membangun kembali masjid sebelum akhirnya dihancurkan atas perintah mahkamah tinggi Israel, Selasa (4/12).

Dikatakan bukan sahaja masjid yang diratakan dengan tanah, warga Palestin satu persatu diusir akibat perluasan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin.

Pemerintah Israel telah mengumumkan untuk menghancurkan dan paksa warga Palestin di lapan kampung di bahagian selatan Banjaran Hebron. Zionis Israel merancang membina berek tentera dan tempat latihan perang di kawasan tersebut.

0 comments:

Post a Comment