19 November 2012

Takbir!! Roket Pejuang Gaza Berjaya Capai ke Tel Aviv dan Jerusalem

GAZA - Sirene peringatan kedengaran di Tel Aviv pada hari Jumaat lalu untuk pertama kalinya sejak Perang Teluk pertama 20 tahun dahulu setelah peluru berpandu dilancarkan oleh kumpulan pejuang di Gaza mendarat di dekat ibu negara Israel itu.

Di Jerusalem, sirene juga kedengaran setelah sayap tentera Hamas melancarkan tiga roket ke bahagian timur dan utara bandar itu, wartawan Al Arabiya melaporkan.

Roket yang ditembakkan berjenis Fajr-5, buatan Iran yang merupakan tiruan dari roket ws1 buatan China.

Peluru berpandu di Tel Aviv ini merupakan respon terhadap rangkaian pengeboman oleh jet pejuang dan kapal perang Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Kumpulan Jihad Islam mengaku bertanggung jawab atas pelancaran peluru berpandu ke Tel Aviv. Kumpulan itu mengatakan memperluaskan jarak tembak untuk mencapai Tel Aviv dan mengatakan mempersiapkan lagi serangan yang tidak kalah besar.

The Jerusalem Post melaporkan bahawa dua letupan kedengaran sesaat setelah sirene berbunyi, dan surat khabar Haaretz melaporkan peluru berpandu mendarat di Holon, selatan Tel Aviv.

Letupan dianggap tidak terlalu besar oleh polis Israel. Namun, serangan ini cukup mengejutkan bagi rakyat Israel di Tel Aviv yang biasanya aman dari jangkauan roket pejuang Palestin di Jalur Gaza.

"Bahkan Perdana Menteri (Benjamin) Netanyahu dilarikan ke ruang persembunyian," kata menteri kabinet Gilad Eldan.

Sumber-sumber perubatan Palestin mengatakan 24 orang telah meninggal dan 250 cedera dalam peningkatan baru Israel di Gaza. Pada hari Jumaat lalu lima warga Palestin meninggal, termasuk perempuan dan kanak-kanak.

Sumber Hamas mengatakan angkatan udara Israel melancarkan serangan terhadap rumah komander Hamas untuk Gaza selatan yang menyebabkan kematian dua orang awam, salah satunya seorang kanak-kanak.

0 comments:

Post a Comment