2 November 2012

Rejim Wahabi Arab Saudi akan Musnahkan Makam Nabi SAW, Khalifah Abu Bakar & Umar r.a.

Dengan mengisyaratkan rancangan besar-besaran pemerintah Saudi Arabia untuk merosakkan bangunan-bangunan Islam, Akhbar Independent Britain menulis: "Dengan Buldozer, Saudi Arabia Menghancurkan Sejarah Islam."

Seiring musim haji yang lalu dan aktiviti-aktiviti pembangunan besar-besar di sekitar Masjid Nabawi, akhbar Britain Independent itu menerbitkan sebuah makalah karya J. Taylor, seorang penulis yang khusus mengisi medan mazhabi. Independent menulis: "Melalui pembangun ini, Saudi Arabia menghancurkan majoriti tempat-tempat bersejarah Islam."

Tiga masjid paling tua dari masjid-masjid di dunia akan hancur dalam projek pembangunan bernilai jutaan Pound yang akan dilakukan Saudi yang katanya untuk memperluaskan tempat suci kedua kaum muslimin. Pembangunan yang akan dilakukan pada Masjid Nabawi (tempat di mana Rasulullah dimakamkan) akan dilaksanakan akhir bulan depan selepas musim haji tahun ini selesai. Jika projek ini selesai, maka Masjid Nabawi akan berubah menjadi bangunan terbesar di dunia dengan muatan 1.6 juta orang.

Kemusnahan tempat-tempat bersejarah dalam projek ini membuat kebimbangan meningkat dari pelbagai masyarakat. Sebelumnya, sikap acuh raja Saudi, Abdulah berkaitan kemusnahan warisan bersejarah Mekah sebagai tempat yang paling suci di negara itu membuat sebahagian kalangan marah. Projek pembangunan besar-besaran akan dilakukan di bahagian barat Masjid Nawabi, iaitu tempat bersemayamnya sang pengasas Islam itu, termasuk kawasan makam Nabi, dan makam Khalifah pertama Saidina Abu Bakar.

Tepat di tembok sebelah barat bangunan saat ini terdapat dua masjid. Masjid Ghamamah juga terletak di sana; masjid yang untuk pertama kalinya Rasulullah saw melakukan solat Eid di sana. Tidak satu pun pembesar Saudi yang mengajukan keberatannya demi menjaga atau memindahkan ketiga masjid ini atau meneliti lebih dalam tentang -tinggalan arkeologi masjid-masjid yang dibina pada abad ke-7 Masehi yang memiliki senibina era Uthmaniyah ini. Hal ini membuat kalangan pengkaji akademik sangat bimbang.

Dalam sistem pemerintahan monarki yang benar-benar kuku besi ini, mereka diam dan mengunci mulut berkaitan penghancuran ini.

Namun, DR. Irfan al-Alawi, dari Badan Kajian Warisan Budaya Islam, yang memfokuskan perhatiannya sejak aktiviti 10 tahun lalu untuk mencegah kemusnahan tempat-tempat bersejarah Islam berkata: "Tidak ada yang menyangkal bahawa Madinah memang memerlukan perluasan. Tapi langkah yang diambil kerajaan membuat kita bimbang. Ada banyak jalan yang boleh ditempuh agar disamping pembangunan yang dilakukan, tempat-tempat bersejarah Islam juga akan terjaga. Tapi mereka memang ingin semua tempat-tempat itu dihancurkan. "

Penulis itu (J. Taylor) juga menuliskan, bahawa para pembesar Saudi menganggap diri mereka hanyalah pegawai yang bertanggungjawab mengambil keputusan. Menurut Taylor, Saudi yang ekonominya berpaksikan pada transaksi minyak menganggap perluasan bandar-bandar ini sangat menguntungkan bagi mereka. Meskipun mereka harus menghabiskan dana jutaan dolar untuk memperluaskan bandar-bandar bersejarah yang ada.

Para pembela warisan budaya dan sebahagian pegawai tempatan sangat terkejut dengan langkah kerajaan yang merosakkan tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah. Kerana yang kemudian lebih banyak dibina kerajaan adalah pusat-pusat membeli-belah, hotel-hotel mewah dan bangunan-bangunan pencakar langit. Yayasan Khalije Fars, yang berpusat di Washington, mengira bahawa selama 20 tahun ini, lebih dari 95% bangunan kuno yang berusia lebih dari 1000 tahun telah hancur di kedua-dua bandar ini.

Di Mekah, Masjidil Haram yang merupakan masjid tersuci bagi kaum Muslim dan tempat pada mana seluruh kaum muslim dipandang sejajar di sana, berada di bawah bayang-bayang bangunan Jabal Umr. Jabal Umr adalah bangunan yang terdiri dari beberapa bangunan pencakar langit, beberapa hotel dan menara jam 'Azimul Jitsah'.

Para pembesar Saudi telah menghancurkan Benteng Ajyad dan bukit tempat benteng itu berada yang dibina di era Uthmaniyah. Tempat-tempat bersejarah yang lain juga hancur dalam projek ini seperti tempat kelahiran Rasulullah saw yang ketika ini telah menjadi sebuah perpustakaan. Juga rumah sayyidah Khadijah yang sekarang dijadikan beberapa tandas.

Taylor juga menulis bahawa kedutaan Saudi di Britain dan kementerian luar negeri Saudi juga mendiamkan dalam hal ini. Tapi sebelum ini, Saudi menyebut pembangunan itu sangat diperlukan. Saudi juga menegaskan bahawa pihaknya telah membina hotel-hotel untuk peziarah-peziarah miskin, tapi mereka yang menolak pembangunan itu mengatakan bahawa hotel-hotel yang dibina itu sangat jauh dari tempat-tempat mazhab dan hanya untuk masyarakat orang kaya raya.

Meskipun kemusnahan yang dilakukan di Madinah ketika ini belum seteruk di Mekah, tapi saat ini beberapa tempat bersejarah Islam juga sudah hancur. Dari 7 masjid bersejarah yang dibina sebagai kenang-kenangan Perang Khandaq, hanya 2 masjid yang tertinggal. Sepuluh tahun sebelumnya, masjid yang dibina bagi mengenang cucu Rasulullah saw juga dihancurkan dengan bahan letupan. Gambar-gambar saat kemusnahan yang berjaya diambil diam-diam menunjukkan bahawa para polis Saudi sangat gembira apabila letupan dengan bahan letupan itu dilakukan.

Taylor juga menulis bahawa sebahagian besar tindakan rejim Saudi dalam menghancurkan bangunan-bangunan bersejarah Islam boleh dinisbahkan pada ketaatan rejim tentang fatwa Wahabi yang mempunyai pandangan sangat lemah dan cetek tentang Islam. Dia juga menulis bahawa para ulama Wahabi Saudi berada di sebalik pemusnahan itu dan mereka tengah berusaha merosakkan pelbagai bangunan yang dibina di era Rasulullah saw.

Dr. Irfan al-Alawi dari Yayasan Penyelidikan Warisan Islam (Islamic Heritage Research Foundation) mengatakan, pembangunan yang tengah dilakukan di Madinah merupakan sebahagian daripada projek besar untuk mengurangkan perhatian peziarah pada tempat perkuburan Nabi. Hal yang membuat prasangka ini muncul adalah kubah hijau tempat makam Rasulullah saw sekarang terletak di tengah masjid. Tapi dalam bangunan baru yang akan dibina nanti (luasnya 8 kali ganda luas banguan sekarang), mimbar Nabi saw akan berada di tempat lain dan makam Nabi saw akan berada di bahagian timur bangunan. Projek pemusnahan mihrab solat di tengah masjid juga sudah dirancang. Tempat ini adalah bahagian Riyadh al-Jannah, tempat yang langsung dinamakan sendiri oleh Nabi saw.

DR. Alawi juga berkata: "Dalil mereka mencipta ruangan yang lebih besar dan kapasiti satu bangunan yang sudah menampung 1.6 juta orang itu ditambah lagi sebanyak 20 orang. Ini sangat pelik. Tujuan asal mereka adalah menghilangkan perhatian peziarah pada makam Nabi. "

"Membisunya kaum Muslim atas penghancuran Mekah dan Madinah adalah bencana dan kemunafikan."

"Filem terbaru tentang Nabi Muhammad (saw) menyebabkan protes di seluruh dunia ... namun, penghancuran tempat kelahiran Nabi, di mana dari sana Muhammad Saw berdoa dan mendirikan Islam justeru dibiarkan dihancurkan tanpa kritik apa pun," tambahnya.

Pada tahun 2007, Kementerian Hal Ehwal Islam Saudi Arabia menulis risalah amaliah mengandungi fatwa-fatwa Abdulaziz asy-Syaikh, mufti besar Wahabi Saudi, yang meminta pemusnahan kubah nabi dan meratakan makam Nabi dan makam Khalifah Abu Bakar dan Umar.

DR. Alawi juga sangat menayangkan diamnya kaum muslim berkaitan hal ini. Dia mengharapkan mereka-mereka yang melakukan demo mengecam filem yang menghina Rasulullah saw juga berdemo mengecam pemusnahan tempat-tempat kelahiran Nabi Islam itu.

"Filem terbaru tentang Nabi Muhammad (saw) menyebabkan protes di seluruh dunia ... namun, penghancuran tempat kelahiran Nabi, di mana dari sana Muhammad Saw berdoa dan mendirikan Islam justeru dibiarkan dihancurkan tanpa kritik apa pun’

0 comments:

Post a Comment