29 November 2012

Cereboh Laman IAEA, Datan program Nuklear Israel Dicuri Hacker

TEL AVIV - Para penggodam kumpulan Hacker mengaku telah melumpuhkan puluhan laman agensi negara dan bank milik Israel. Hal tersebut dilakukan sebagai bentuk protes atas serangan udara mematikan negara Yahudi itu di Gaza, Palestin baru-baru ini.

Badan atom Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, IAEA, mengakui bahawa salah satu pelayan komputernya telah diretas oleh satu kumpulan anti-Israel.

IAEA mengatakan, satu kumpulan yang awalnya tidak diketahui, bernama Parastoo, telah mem-posting maklumat kenalan lebih dari 100 ahli nuklear di website kumpulan itu.

Parastoo meminta para ahli nuklear yang berada dalam senarai itu untuk mendatangani petisyen yang meminta siasatan IAEA terhadap program senjata nuklear Israel yang belum terungkap, menurut Berita BBC dalam laporannya, Khamis semalam.

IAEA sekarang sedang menyiasat program nuklear kontroversi Iran. Israel secara meluas diyakini memiliki senjata nuklear namun tidak ada pengesahan atau menolak hal itu di bawah polisi "kekaburan strategik".

Jurucakap Badan Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) Gill Tudor mengatakan bahawa IAEA "sangat kesal penerbitan maklumat itu yang telah dicuri dari sebuah server lama".

Dia berkata, server telah ditutup beberapa waktu lalu dan para ahli telah berusaha menghilangkan "kemungkinan kerentanan" di dalamnya, bahkan sebelum server diretas.

"Pasukan teknik dan keselamatan IAEA terus menganalisis situasi dan melakukan segalanya yang mungkin untuk membantu memastikan tidak ada maklumat lain yang terdedah (telah dicuri)," katanya.

Erti lain Parastoo adalah Farsi, nama spesis burung walet dan sebuah nama untuk perempuan Iran.

Badan yang berpusat di Viena itu mengatakan bahawa data yang dicuri berkenaan "maklumat kenalan berkaitan ahli-ahli yang bekerja dengan IAEA".

Nama-nama di dalamnya termasuk fizik universiti-universiti di Amerika Syarikat, Britain, Eropah dan Jepun serta penyelidik di Badan Tenaga Atom Jepun, Makmal Nasional Los Alamos kerajaan AS dan Institut Penyelidikan Angkasa Rusia.

Seorang diplomat Barat dipetik agensi berita Reuters mengatakan, data yang dicuri diyakini tidak termasuk maklumat yang berkaitan dengan pekerjaan rahsia yang dilakukan IAIE.

Israel, AS, dan negara-negara Barat yang lain menuduh Iran diam-diam berusaha mengembangkan senjata nuklear, tuduhan yang oleh Teheran dengan tegas dibantah.

Awal bulan ini, IAEA mengatakan bahawa Iran bersedia menggandakan pengeluaran di kemudahan pengayaan uranium bawah tanah di Fordo.

Dalam sebuah laporan, badan itu mengatakan tidak boleh membuat kesimpulan bahawa semua bahan nuklear di Iran untuk kegiatan keamanan.

0 comments:

Post a Comment