19 November 2012

Brigade Al-Qassam: Kami akan Tangkap Tentera Israel

Sayap tentera Jihad Islam, Brigade Al-Qassam menyatakan kesediaan penuh menghadapi perang darat di Semenanjung Gaza dan akan menangkap tentera Zionis untuk dijadikan tukar tawanan.

Juru bicara pecahan Abu Ahmad pada laman Paltoday mengatakan, Brigade Al-Qassam mempunyai banyak kejutan untuk Israel dan menambah Israel hidup dalam kebingungan sehingga melancarkan perang psikologi dan memaksa bersetuju gencatan senjata setelah mengalami kekalahan menyakitkan.

Pegawai itu juga menolak rejim Zionis berani melakukan operasi darat kerana hal itu akan mengakibatkan kerugian teruk Israel.

Perlawanan mempunyai kejutan yang tidak dijangka musuh saat pertempuran terbuka. "Semua bandar dan pengkalan tentera Zionis dapat dicapai oleh roket penentangan." Jelasnya.

Pegawai Brigade Al-Qassam lebih jauh menyatakan bahawa penentangan yang kuat bertujuan membela rakyat Palestin.

"Kita tidak akan membiarkan Zionis untuk hidup selesa di bandar-bandar Palestin yang diduduki pada tahun 1948," tambahnya.

0 comments:

Post a Comment