27 November 2012

Syiah - Ayah bunuh kejam Anaknya setelah bercinta dengan lelaki Islam Sunni


London - Seorang ayah dari bangsa Kurdis didakwa dan dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh anak perempuannya yang berusia 15 tahun kerana jatuh cinta dengan seorang penganut Islam yang berbeza dengannya.

Seorang hakim di London memberikan Mehmet Goren, 49, hukuman penjara minimum 22 tahun untuk honor killing (pembunuhan atas nama kehormatan keluarga) yang dilakukannya terhadap anak perempuannya, Tulay, yang menghilang sepuluh tahun lalu dan tidak pernah ditemui hingga kini. Ia juga didakwa kerana telah menyerang kekasih anaknya dengan sebuah kapak.

Peguam penuntut Damakris Lakin mengatakan bahawa penjual fish and chip (makanan khas Inggeris dari ikan dan kentang goreng) membunuh anak perempuannya kerana menjalinkan hubungan dengan seorang Muslim Sunni. Keluarga Goren adalah penganut aliran Alevi, yang berkaitan dengan aliran Syiah.

"Ia membunuh anaknya sendiri kerana meyakini bahawa putrinya itu telah mempermalukannya," kata Lakin kepada mahkamah.

Para juri juga mendengar bahawa Mehmet begitu marah setelah mengetahui hubungan Tulay dan memukulnya.

"Vonis terhadap dirinya hari ini menunjukkan bahawa rasa malu yang sebenarnya akan selalu menjadi tanggungannya."

Polis meyakini bahawa Tulay dibunuh pada tanggal 7 Januari 1999, di rumah keluarganya di Woodford Green, London utara, masa ia sendirian bersama ayahnya. Jasadnya dikhabarkan sempat dikubur sementara di kebun rumah sebelum kemudian dibuang ke tempat lain.


Kekasihnya, Halil Unal, melaporkan kehilangan Tulay dua minggu kemudian, sekitar masa Mehmet Goren menyerangnya dengan kapak.

Polis tidak pernah mengetahui bagaimana Tulay dibunuh, namun mengatakan bahawa ia telah menghilang terlalu lama untuk secara rasmi dinyatakan meninggal.

Bukti-bukti yang muncul bertahun-tahun kemudian selepas menghilangnya Tulay mengarahkan polis di tahun 2009 untuk menahan Mehmet Goren dan dua saudara laki-lakinya. Ketiga lelaki itu dituduh melakukan pembunuhan, namun dau saudara laki-lakinya, Cuma, 42, dan Ali, 56, dibebaskan pada hari Jumaat.

Tulay masih duduk di bangku sekolah ketika ia mula menjalinkan hubungan dengan Unal, seorang lelaki berusia 30 tahun, yang juga keturunan Kurdi Turki seperti dirinya.

Seorang penyiasat polis, John MacDonald, memetik kenyataan mahkamah yang ditulis oleh saudara perempuan Tulay, Nuray, yang berbunyi, "Tulay terjebak dalam dua dunia yang bertentangan. Tradisi dan kebiasaan kami telah menghalang apa yang sangat Tulay inginkan."

Ayahnya menolak keinginan keluarga untuk mengenalpasti di mana jenazah Tulay berada.

Salah satu saudara laki-lakinya yang dibebaskan kemudian membantah bahawa telah terjadi honor killing. Ia mengatakan bahawa ia yakin Tulay masih hidup. "Tidak ada perkara seperti itu dalam budaya kami," kata Cuma Goren kepada Channel 4 News, England.

Dalam pemeriksaan silang terhadap Ibu Tulay, Hanim, peguam Mehmet, Michael Turner bahkan mendakwa bahawa remaja itu mungkin telah melarikan diri untuk menjadi gerilayawan bagi kemerdekaan suku Kurdi di Turki tiga bulan selepas menghilangnya Tulay.

"Apakah Mehmet mengatakan pada anda bahawa mereka memberitahu Tulay telah bergabung dengan PKK (Parti Pekerja Kurdistan) dan kini sedang bersama mereka?" tanya Turner.

Hanim menjawab bahawa ia ingat ada beberapa lelaki yang mendakwa sebagai anggota PKK tetapi menambah, "Saya tahu sejak awal bahawa Tulay telah meninggal."

Sebelumnya, para juri diberitahu untuk pertama kalinya bahawa Mehmet mengatakan telah menyuruh saudaranya, Ali, untuk membawa Tulay ke rumahnya yang lain di Cumbria di hari ia menghilang dan bahawa ia kemudian mendengar bahawa ia telah melarikan diri. Hanim membantah telah mendengar akan hal ini.

Ia bertanya pada Hanim tentang tiga lelaki yang menghubungi keluarga itu dan mendakwa sebagai ahli PKK.

England telah melihat berdozen-dozen wanita dibunuh oleh kerabat Muslimnya dalam sepuluh tahun terakhir kerana melakukan perbuatan yang mereka anggap telah memalukan keluarga. Di tahun 2009, sebuah mahkamah menghukum seorang Syiah keturunan Kurdi yang merancang dan mengarahkan pembunuhan anaknya yang jatuh cinta dengan seorang lelaki yang tidak berasal dari kampung mereka di Iraq.

0 comments:

Post a Comment