18 November 2012

Al-Qassam Tembak Jatuh Apace Israel di Utara Gaza

Sejumlah sumber menyatakan, brigade Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera gerakan perjuangan Hamas berjaya menembak jatuh pesawat pejuang Apace milik tentera Zionis di sebelah utara Gaza.

Dalam laporan rasminya, Al-Qassam mengumumkan, tenteranya berjaya menembak jatuh pesawat pejuang Apace Zionis dan memaparkan video serangan tersebut. Ia menegaskan, pihaknya akan terus melaporkan dan menyebarkan video tentang maklumat operasi menggemparkan mereka, seperti penembakan terhadap dua pesawat Zionis sebelumnya, kata beliau.

Sebelumnya, pesawat pejuang Israel jatuh di bandar Khanyunis, beberapa saat setelah kejahatan mereka mengorbankan rakyat Palestin di Gaza hingga 11 orang dari satu keluarga gugur syahid.

Dalam beberapa hari kelmarin Al-Qassam berjaya menembak jatuh pesawat pejuang Zionis, apabila a terbang berputar-putar di atas langit Gaza. Al-Qassam juga melaporkan video saat operasi penembakan itu terjadi. Ketika pesawat F 16 ditembak jatuh dengan doket World udara. Pesawat terus jatuh dari udara.

0 comments:

Post a Comment