8 October 2012

Video Tentera Israel belasah remaja Palestin

Sebuah video menunjukkan pasukan pendudukan Israel di Jerusalem secara kejam membelasah kepala seorang remaja Palestin. Insiden ini berlaku Jumaat pada 05/10 lalu, apabila pasukan Israel menyerbu masuk ke masjid Al Aqsa di wilayah pendudukan Jerusalem timur.

Video ringkas menunjukkan seorang remaja diseret tentera pendudukan Israel berpakaian hitam. Saat remaja itu berteriak "kholas" (cukup atau hentikan), para tentera Israel malah menghempas remaja itu ke tanah. Kemudian seorang tentera memukul kepala kanak-kanak itu meskipun dia sudah tersungkur di lantai.

Video ini diupload di Youtube oleh akaun QNN, sebuah NGO berita Palestin yang menyebarkan maklumat melalui rangkaian Facebook. QNN mengenalpasti kanak-kanak itu bernama Hasan al-Afifi dari daerah Bab al-Hadid di Kota Tua Jerusalem. Sementara jurukamera yang mengambil gambar tersebut bernama Amjad Arafa.

Hasan al Afifi ketika ini ditahan tentera pendudukan Israel di kemudahan penjara di Baitulmuqaddis Barat.

0 comments:

Post a Comment