23 October 2012

Tangan Syaitan Amerika Laknatullah berjaya jerumuskan Iraq Menjadi Neraka Dunia

Iraq, Setelah menghilang selama enam tahun terakhir, dan kini berada di bawah pemerintahan bentukan Amerika Syarikat, kebelakangan ini perbuatan maksiat kembali marak di jalan ibu kota Iraq.

"Sekarang, maksiat kembali menjadi bahagian dari kehidupan kota Baghdad," kata Fadilla Muhammed, anggota kumpulan yang menghapuskan tradisi keluarga dan moral.

Sejumlah Bar, Pub, dan kedai-kedai penjual minuman keras yang dulu ditutup, kini mula tumbuh dan aktif seperti cendawan.

Rumah-rumah pelacuran juga dibuka kembali, dan rata-rata rumah pelacuran tersebut berebut pelanggan.

Di tengah bandar Baghdad, pawagam-pawagam yang memainkan filem-filem yang menjurus kepada lucah dan para penontonnya boleh terus mempraktikkan hubungan intim di kerusi dan bilik mandi, kembali beroperasi.

Walaupun tidak umum, ada beberapa wanita yang boleh ditemui di dalam bangunan-bangunan seperti itu, mereka menjajakan diri sendiri malah anak-anak perempuan mereka pun dijaja kepada para lelaki hidung belang Amerika.

"Kini, selepas pencerobohan Amerika Syarikat, tempat-tempat maksiat kembali tumbuh dengan suburnya," luahan Muhammed.
Menurut Mustafa al-Ghadrun, seorang pegawai kanan jabatan kesihatan, memang benar bahawa kebelakangan ini ini, pengambilan alkohol dan ubat-ubatan terlarang meningkat pesat di Iraq.


"Banyak juga penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi codeine dan valium derivatif," katanya kepada IOL.

"Kami bimbang banyaknya jumlah minuman yang sudah terlanjur dimakan, kerana kami mendapat banyak laporan mengenai kes ketagihan alkohol."

Daerah-daerah Baghdad seperti Sadr, Alawi, Dora, Bab al-Muadhem dan Gazellia tiba-tiba menjadi tanah basah peredaran dadah. Para pengedar juga aktif di kawasan-kawasan di mana tidak ada pegawai keselamatan dan pejuang Islam.

Demokrasi

Bagi mereka yang menjalankan amalan yang dahulu sama sekali diharamkan, hal ini (merebaknya maksiat) jelas merupakan hal yang mereka harapkan akan disebarkan oleh Amerika Syarikat.

"Inilah saat untuk menikmati kebebasan dan sebahagian budaya Barat," kata Abu Feiraz yang duduk di sebuah kafe di daerah Karada sambil bermain catur dengan anak lelakinya yang masih berusia 17 tahun.

"Kami sudah dewasa dan kami sepenuhnya bertanggung jawab atas tindakan kami sendiri," kata Abu Feiraz sambil menuangkan wain ke dalam gelas anaknya.

Dia mengatakan bahawa kembali dijualnya minuman keras dan maraknya pelacuran sebagai sebahagian daripada gaya hidup demokrasi ala Barat yang dibawa Amerika Syarikat ke Iraq.

"Saya kan tidak menyakiti orang lain, apalagi sampai menghancurkan kehidupan orang lain."

Faeeq yang tengah duduk-duduk di kedai minuman sambil menenggak segelas wain mengiyakan.

"Setiap manusia yang dilahirkan di muka bumi ini mempunyai hak untuk memutuskan apa yang ingin dia lakukan dalam hidupnya."

Menurutnya, ada banyak orang Iraq yang menjalani kehidupan seperti dirinya setelah bertahun-tahun mengalami peperangan dan penyeksaan, rata-rata mereka memilih dadah dan alkohol sebagai pelarian dari masalah.

"Kami tidak mahu hanya bimbang apa yang akan terjadi. Kami juga ingin bersenang-senang setelah menderita selama bertahun-tahun. Inilah masanya menjalani kehidupan dunia Barat yang dulu dijanjikan oleh orang-orang Amerika."

Namun, jelas tidak semua orang merasa senang dengan kembali merebaknya maksiat di Baghdad.

Sheikh Ibraheem Ahmed Naffi, seorang imam di daerah Karada, memberi amaran bahawa gaya hidup baru yang bergelumang dosa tersebut akan mudah mempengaruhi ribuan generasi muda Iraq.

"Negara Ini adalah negara Islam dan minuman keras sudah sepatutnya dilarang keras," katanya.

"Nilai-nilai keluarga sudah hilang di Iraq, sayangnya kerajaan sekarang tidak melakukan apa-apa untuk menangani permasalahan ini," kecamnya.

"Ini baru salah satu perkara yang menjadi pembeza antara kami (umat Islam) dengan dunia Barat."

0 comments:

Post a Comment