23 October 2012

Tahun ini sahaja 360 Tentera Asing Terbunuh di Afghanistan

Seorang tentera Amerika terbunuh dalam serangan Taliban di Afghanistan timur.

Tentera Amerika tidak memberikan maklumat terperinci tentang lokasi mahupun waktu kejadian.

Sebelumnya, pada hari Selasa sebuah konvoi tentera Amerika diserang di Negeri Laghman. Tidak jelas sama ada tentera Amerika yang terbunuh dalam serangan yang sama.

Seperti dilaporkan PressTV, juga pada hari Selasa, Taliban membunuh sekurang-kurangnya 10 tentera Afghanistan di wilayah Herat.

Sementara menurut laman pemantau kerugian Amerika dalam perang di Afghanistan icasualties.org, sekurang-kurangnya 360 tentera asing, termasuk 280 tentera Amerika telah terbunuh di Afghanistan tahun ini saja.

Peningkatan jumlah korban tentera di Afghanistan, telah menyebabkan kemarahan meluas di AS dan negara-negara anggota NATO, hal itu mengurangkan sokongan umum untuk perang Afghanistan.

Pencerobohan pimpinan Amerika di Afghanistan mula dilancarkan pada tahun 2001. Serangan Amerika memang menumbangkan Taliban dari kekuasaan, tapi situasi tidak aman terus meningkat di seluruh negeri, walaupun terdapat beribu-ribu tentera asing di Afghanistan.

0 comments:

Post a Comment