22 October 2012

Subhanallah! Senad Hadzic sudah sampai ke Kota Suci Makkah setelah berjalan kaki sejauh 5,900 km

Berjalan beribu-ribu batu melalui enam negara dengan berjalan kaki, lelaki Islam Bosnia 47 tahun akhirnya mencapai kota suci Makkah untuk memenuhi impiannya beribadah haji.

"Saya ingin melakukan haji tapi saya tidak mempunyai duit," kata Senad Hadzic seperti dipetik oleh Emirates 24/7 pada hari Isnin, 22 Oktober semalam.

"Saya memutuskan untuk berjalan ke Saudi Arabia, dengan hanya 200 euro."

Bercita-cita untuk melakukan haji, Hadzic memulakan perjalanan panjang dari kampung halamannya Banovici, di utara Bosnia pada bulan Disember. Selama perjalanannya, lelaki Islam itu berjalan sepanjang hampir 3,600 batu (5.900 km) dengan berjalan kaki dari kampungnya di Bosnia ke kota suci Makkah.

Berjalan antara 12 hingga 20 batu per hari, Hadzic berjaya menyeberangi enam negara, termasuk Turki, Jordan dan Syria sebelum memasuki Arab Saudi minggu ini. Dalam beg punggungnya, ia membawa mushaf Al-Quran yang dibungkus dalam plastik untuk melindunginya dari cuaca.

Dia juga membawa buku-buku, peta dan bendera dari enam negara yang ia seberangi. Hadzic mengatakan dalam YouTube bahawa ia berjalan kerana tidak mempunyai wang.

"Saya tidur di masjid, sekolah, dan lokasi-lokasi lain, termasuk rumah-rumah yang ditawarkan kepada saya oleh orang-orang baik," katanya dalam video YouTube.

"Beberapa orang bertanya kepada saya apakah saya takut ketika melalui lokasi-lokasi yang liar dan saya mengatakan kepada mereka 'mengapa perlu saya takut, Allah bersama saya."

Artikel Berkaitan:  http://www.halimislam.com/2012/03/lelaki-bosnia-ini-sanggup-berjalan-kaki.html

0 comments:

Post a Comment