1 October 2012

Pecah Rahsia Rejim Assad Lakukan Sendiri Serangan Bom di Damsyik

Rejim Bashar al-Assad berada di balik dalam 2 serangan bom kereta yang mengorbankan 55 orang di luar sebuah kompleks perisikan tentera di daerah Qazzaz Damaskus. Dokumen yang baru bocor ini diperolehi oleh Al Arabiya.

Dokumen itu merupakan sebahagian daripada beberapa fail yang sangat penting untuk keselamatan Syria yang diperolehi oleh Al Arabiya dari sumber pembangkang. Media pemberitaan ternama Timut Tengah ini mengatakan bahawa mereka telah mengesahkan ratusan dokumen dan bahawa ia telah memutuskan untuk mendedahkannya kerana merupakan berita yang besar dan mempunyai kaitan politik, demikian pemberitaan melalui laman webnya, pada Ahad 30 September lalu.

Setelah pengeboman kembar di persekitaran Qazzaz di ibu kota Damsyik, kementerian luar negeri Syria mengatakan serangan itu merupakan tanda bahawa negara itu menghadapi serangan pengganas asing. Liga Arab, di sisi lain, menyatakan bahawa serangan itu bertujuan untuk melemahkan misi pengawasan PBB di negara itu yang dipimpin oleh utusan khas PBB, Kofi Annan. Namun, dokumen yang bocor mendukung rejim Syria berada di sebalik letupan Qazzaz.

Dalam sebuah dokumen yang dihantar dari istana presiden pada tarikh 8 Mei lalu, dua hari sebelum bom fatal, Mejar Jeneral Dhu al-Himma Shalish, ketua Keselamatan Khas Presiden Syria, menunjuk Saqr Mannon, Ketua Perisikan Tentera Udara Cawangan-291, mengatakan kepadanya tentang keperluan bagi meyakinkan pandangan masyarakat antarabangsa tentang kewujudan kelompok pengganas di negara ini. Shalish mengatakan bahawa perintahnya mengikuti arahan dari Komando Gabungan, yang mungkin merujuk pada Iran, Rusia dan rejim Syria.

Shalish menjalankan perintah dengan menggambarkan bagi Mannon langkah yang diperlukan bagi letupan akan datang. Mejar Setiausaha itu menunjukkan bahawa ia bertindak dengan perintah langsung dari Presiden Syria Bashar Al-Assad.

Pada dokumen yang bocor kedua, kali ini ditandatangani oleh Saqr Mannon dan dihantar dari markas Tentera Darat dan Tentera Udara, memerintahkan Suhail Hassan, seorang kolonel di Perisikan Tentera Udara Syria, bagi melaksanakan letupan Qazzaz, dan melaporkan kembali selepas misi ini dicapai.

Menurut jumlah yang bocor tersebut, Assad mengorbankan ratusan rakyat dan pasukan keselamatan berpangkat rendah bagi meyakinkan pandangan masyarakat antarabangsa bahawa pengganas telah menyusup ke dalam wilayah Syria dan mula melakukan operasi. Al Arabiya merancang melancarkan siri mendedahkan dokumen yang bocor besok.

0 comments:

Post a Comment