1 October 2012

Itali: Qadaffi sebenarnya Dibunuh oleh Agen Perancis Bukan Pemberontak

Sebuah laporan baru yang cukup mengejutkan menyebutkan tuntutan bahawa agen perisikan rahsia Perancis, yang bertindak atas arahan Nicolas Sarkozy bertanggungjawab atas pembunuhan bekas diktator Libya Kolonel Qaddafi.

Qaddafi terbunuh pada 20 Oktober 2011 lalu dalam serangan terhadap bandar kelahirannya, Sirte, setelah ia terbaring di satu paip pelupusan sambil melambaikan pistol emasnya.

  Surat khabar Itali, Corriere della Serra, telah melaporkan, memetik sumber-sumber diplomatik di ibu negara Tripoli, bahawa seorang pembunuh asing membunuh Qaddafi, dan bahawa pembunuh itu mungkin orang Perancis, demikian sebagaimana disiarkan oleh alarabiya.net, pada Isnin 1 Oktober.

Menurut sumber yang boleh dipercayai di Libya, seorang warga Perancis masuk dan menangkap Qaddafi lalu menembaknya di kepala.

Ben Omran Shaaban sang pemuda itu dikatakan telah dipukul oleh loyalis Qaddafi pada bulan Julai, sebelum ditembak dua kali. Ia diterbangkan ke Perancis bagi rawatan, tetapi meninggal kerana kecederaan parah di hospital.

Mantan perdana menteri interim, Mahmoud Jibril, mengatakan kepada televisyen Mesir bahawa "pemuda itu adalah agen asing yang bercampur dengan brigade revolusioner bagi membunuh Qaddafi."

Motivasi jelas bagi pembunuhan itu bagi menghentikan Qaddafi dari mendedahkan maklumat mengenai hubungannya dengan mantan Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, yang dikatakan telah menerima berjuta-juta dolar dari bekas pemimpin Libya bagi membiayai pilihan raya Perancis dalam kempennya tahun 2007.

Berita ini jika benar, akan menyebabkan kehebohan di dalam dan luar Perancis.

0 comments:

Post a Comment