10 September 2012

Website Aljazeera di Hack kali kedua

Empat hari selepas laman utamanya dihack, rangkaian berita yang berpusat di Qatar, Al-Jazeera, berkata perkhidmatan mobile mereka terkena cyberattack, demikian menurut al-jazeera.net, Ahad, 9 September.

"Berita yang mendakwa bahawa Perdana Menteri (Sheikh Hamad Bin Jassem) telah menjadi sasaran usaha pembunuhan di istana kerajaan benar-benar palsu dan merupakan hasil hacking," kata saluran berita tersebut.

Aljazeera mengatakan dakwaan itu merupakan satu daripada tiga teks palsu yang dihantar melalui perkhidmatan mobile.

Dalam berita palsu yang juga dihantar dalam media twitter menyebutkan bahawa Sheikh Hamad menjadi sasaran dalam serangan terhadap istana di Doha dan bahawa isteri emir, Sheikha Moza Bint Nasser, menderita cedera ringan.

Website milik stesen TV berita Al Jazeera yang berpusat di Qatar sempat disekat pada hari Selasa lalu oleh loyalis pemerintah Syria. Hal ini kerana mereka menganggap saluran tv tersebut menyokong pasukan penentang kerajaan rejim tangan besi Assad dan memaparkan berita yang tidak benar mengenai Syria.

Sebuah bendera Syria dan pernyataan mengecam Al Jazeera yang diposting di laman Aljazeera yang telah memberitahu pemberita mengenai pemberontakan terhadap Presiden Bashar al-Assad yang bermula pada bulan Mac tahun lalu.

Bulan lalu, RasGas Qatar, pengeksport terbesar gas cecair semulajadi (LNG) kedua di dunia, termasuk virus di rangkaian komputer pejabatnya, hanya dua minggu selepas pengeluar minyak terbesar dunia, Saudi Aramco, milik Arab Saudi juga dihacker.

Platform blogging dari laman Berita Reuters juga dihack bulan lalu dan mendapat kiriman posting palsu yang mengatakan Menteri Luar Negeri Arab Saudi Putera Saud al-Faisal telah meninggal oleh seorang wartawan Reuters.

0 comments:

Post a Comment