10 September 2012

Taliban guna Facebook gadis Cantik untuk kesan tentera Musuh

Taliban dilaporkan menggunakan profil Facebook palsu dengan gambar gadis-gadis cantik, untuk berkawan dengan para tentera dengan maksud mengumpul maklumat operasi ketenteraan. Laporan tersebut disiarkan Foxnews memetik The Sunday Telegraph.

Pasukan Australia dan gabungan yang berada di Afghanistan menjadi sasaran para gerila Taliban yang menyamar menjadi 'wanita cantik' di Facebook, menurut akhbar itu. Saat ini tentera Australia telah mengeluarkan amaran potensi bahaya kepada para tenteranya yang menggunakan Facebook.

Kerajaan Australia menurut Sunday Times telah mengawasi, bahawa para tenteranya kurang boleh menjaga privasi dan rahsia diantara para kakitangan.

Menurut Telegraph, para tentera diberitahu bahawa geo-tagging alias proses automatik di Facebook yang mencatat lokasi posting atau foto-foto yang diupload oleh para tentera ternyata sangat berbahaya, kerana menunjukkan lokasi di mana mereka berada secara automatik. Hal ini menjadi perhatian serius kerajaan Australia.

"Personil media dan musuh membuat Profile palsu untuk mengumpul maklumat. Misalnya, Taliban telah menggunakan gambar wanita yang menarik di rangkaian Facebook dan mereka telah berteman dengan para tentera," laporan kerajaan Australia yang dipetik Telegraph.

Kerajaan Australia lantas mengesyorkan pendidikan tentang bahaya berkongsi maklumat seperti nama, pangkat dan lokasi.

Menurut laporan Telegraph, paling tidak tiga tentera Australia telah terbunuh di Afghanistan. Mereka dibunuh oleh tentera baru Afghanistan yang sedang mereka latih.

Sementara itu, Kerajaan Australia juga mengatakan pihaknya akan mengeluarkan garis panduan baru media sosial untuk para tentera pada akhir tahun ini.

0 comments:

Post a Comment