11 September 2012

Seorang kakitangan konsul AS terbunuh dalam Protes Filem Hina Nabi di Libya

Seorang anggota kakitangan dari pejabat konsul AS di bandar Benghazi, Libya, telah terbunuh dan seorang pengawal keselamatan cedera dalam pertempuran di bangunan pejabat konsul.

Pertengkaran berlaku pada Selasa malam selepas sekumpulan orang mengadakan demonstrasi bagi membantah filem anti-Islam yang dibuat di Amerika Syarikat, demikian laporan daripada presstv.

Saksi mata mengatakan penunjuk perasaan menyerang dan membakar bangunan pejabat konsul sementara orang-orang bersenjata dan pasukan keselamatan bertempur. Bom tangan roket juga dilancarkan di pejabat konsul AS.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Libya, Wanis al-Sharef, mengatakan bahawa diplomat AS telah dipindahkan untuk menjamin keselamatan mereka. Insiden ini terjadi berikutan demonstrasi besar-besaran yang diadakan pada hari sebelumnya di Mesir yang berjiran dengan Libya, untuk mengutuk filem yang menghina Nabi Muhammad (SAW).

Beribu rakyat Mesir berkumpul di depan Kedutaan Besar AS di Kaherah untuk mengekspresikan kemarahan mereka atas filem tersebut. Para penunjuk perasaan memanjat dinding kedutaan, menurunkan bendera AS, dan menyeru pembuangan duta besar AS untuk Kaherah.

Mereka juga meminta kerajaan AS meminta maaf kepada dunia Islam atas keluaran filem itu, yang dihasilkan oleh kelompok Kristian Koptik yang berpusat di Amerika Syarikat.

0 comments:

Post a Comment