26 September 2012

Masjid Nabawi akan diperluaskan untuk menampung lebih 800,000 Jemaah

Raja Arab Saudi Abdullah tiba di kota suci umat Islam Madinah pada hari Isnin 24/9 lalu untuk meletakkan batu pertama asas perluasan Masjid Nabawi, salah satu daripada tiga masjid Islam yang tertua di dunia, demikian laporan alarabiya.net.

Raja berumur 88 tahun itu telah memerintahkan pengembangan besar di Masjid Nabawi awal tahun ini. Tahap pertama dari projek ini dirancang akan merekabentuk masjid agar dapat menampung lebih daripada 800,000 jemaah, menurut satu kenyataan rasmi Saudi pada bulan Jun. Ia menambah bahawa pada tahap kedua dan ketiga dirancang dapat menampung 800.000 jamaah lanjutan.

Biro-biro Usaha perjalanan haji dan umrah terus membesar di Saudi, dengan anggaran pendapatan dari sektor ini kira-kira 3.1 peratus daripada produk domestik kasar dan sekitar 7.2 peratus di sektor non-minyak tahun lalu, menurut laporan oleh Suruhanjaya Saudi.

Arab Saudi juga telah mengumumkan awal tahun ini akan melakukan perluasan Masjidil Haram di Makkah yang menghabiskan dana 21.33 bilion dollar, yang pada akhirnya akan membolehkan masjid menampung kira-kira 1.5 juta jemaah.

0 comments:

Post a Comment