15 September 2012

Inilah dalang Di Sebalik Filem 'Innocence Muslims'

AMERIKA SYARIKAT. Siapakah pengarah filem "Innocence Muslims", sebuah filem anti-Islam yang disebut menghina Nabi Muhammad, sehingga membuat pejabat Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Mesir dan Libya, Yaman dan lain-lain sehingga diserang, dan menyebabkan Duta AS di Libya dan kakitangannya terbunuh ketika itu.

Selepas rusuhan itu, seorang warga California yang menngaku dirinya Sam Bacile mengaku sebagai orang yang memproduseri filem itu. Sam menyebut dirinya seorang Yahudi Israel.

Pada wawancara dengan sebuah agensi berita, Sam menyebut "Islam adalah kanser."

Dalam dua wawancara yang berbeza, Bacile memberikan kenyataan yang tidak tepat. Pada wawancara dengan AP, Bacile menyebut umurnya 56 tahun; pada wawancara dengan Wall Street Journal, dia menyebut umurnya 52. Dalam profil laman YouTube-nya, Bacile menulis umurnya 75 tahun. Dalam satu wawancara dia menyebut dirinya seorang Yahudi-Israel, di tempat lain dia menyebut diri seorang Israel-Amerika.

Sebuah pertubuhan radikal Kristian yang membantu pembuatan filem itu menyebut Sam Bacile adalah nama samaran, dan dia bukan orang Israel tapi seorang Arab Kristian.

"Saya bertemu dia dua kali. Dia bukan warga negara Israel. Dia menyembunyikan peribadi dirinya," kata Steve Klein, seorang ahli Kristian sayap kanan, yang mengaku membantu proses pengeluaran filem itu.

Klein menyebut Bacile bukanlah orang Yahudi ataupun WN Israel, dan menjangkakan dia adalah orang Arab Kristian yang sudah jadi warga negara AS.

Tiga kumpulan Kristian, termasuk dua yang dikenalpasti sebagai kumpulan pembenci (hate groups) oleh Southern Poverty Law Council. Sedang yang ketiga adalah pembela Kristian Mesir (Koptik), telah dikaitkan dengan pembuatan filem itu, yang tidak terlibat dalam pengedaran.

Paderi yang menimbulkan kontroversi dari Florida, Terry Jones, yang pada 2010 mencetuskan rusuhan di Afghanistan kerana membakar Al Quran, menyatakan telah dihubungi untuk membantu pengedaran filem tersebut.

Klein, ahli Gereja Kaweah, disenaraikan sebagai kumpulan pembenci dan anti-Islam, mengatakan Bacile dan para penyokong pembuatan filem tersebut sebagai "Pelarian dari Timur Tengah."

"Orang-orang di mana saya bekerja itu disingkirkan. Mereka terusir dari tanahnya. Anggota keluarganya diculik, diperkosa, dan dibunuh," tuntutan Klein, soal para pembuat filem itu.

Morris Sadek, kepala Dewan Nasional Koptik Amerika, sebuah persatuan orang-orang Mesir Kristian berpusat di AS, menyatakan dia terlibat dalam perancangan pengedaran filem tersebut.

Klip-klip filem kos rendah, yang mengambil gambar Nabi Muhammad sebagai seorang yang malas, membuat hubungan seks dengan kanak-kanak, dan homoseksual, muncul di YouTube, pada halaman Sam Bacile, di laman tersebut juga menulis menggunakan huruf Arab Mesir kuno.

Klein menunjukkan Bacile masih mempunyai keluarga di Mesir yang membuatnya khuatir. Penyelidikan pada seluruh dokumen persekutuan dan nota awam, termasuk dokumen pentadbiran kependudukan dan jenayah, juga fail pada syarikat pemaju perumahan di AS, tak ada satu pun nama dengan nama belakang Bacile. Belum ada catatan tentang Sam Bacile, atau nama yang serupa..

Trailer sepanjang 13 minit untuk filem itu sebenarnya sudah diupload pada Julai lalu, namun tak banyak mendapatkan perhatian. Minggu lalu, setelah treler itu di-dubbing ke dalam bahasa Arab, begitu cepat ditonton ratusan ribu kali.

0 comments:

Post a Comment