18 September 2012

Indonesia sudah sekat Filem 'Innocence of Muslims' di YouTube, Malaysia bila lagi?

JAKARTA, Google selaku pemilik YouTube mengaku telah menyekat video 'Innocence of Muslims' di laman webnya. Jumlah keseluruhan ada 16 video propaganda anti Islam itu yang di-remove Google.

"Kira-kira jam 4.30 petang, kami baru mendapat laporan dari Google bahawa mereka telah me-remove video. Jumlah keseluruhan ada 16 url yang mengandungi video-video berkaitan 'Innocence of Muslims'," kata Ketua Humas dan Pusat Maklumat Kementerian Kominfo, Gatot S . Dewa Broto seperti dilaporkan detikINET, pada Khamis 13/9/2012 lalu.

Sebelum menghubungi Google untuk menyekat filem 'Innocence of Muslims', Kementerian Kominfo sebelumnya memastikan dulu dari aspek kebenaran. Di mana setelah diteliti, kehadiran video itu melanggar undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik (UU ITE).

"Hingga tadi pagi kami menghubungi Google untuk meminta sekatan video tersebut. Pola yang kami lakukan sama seperti isu video SARA beberapa waktu lalu," lanjut Azman.

Selain Google, Kominfo sejatinya juga sudah mengarahkan pembekal perkhidmatan internet (ISP) untuk melakukan sekatan terhadap filem yang banyak diprotes itu. Hal ini untuk mencegah sebahagian masyarakat agar tidak terprovokasi sekaligus menjangka dari kemungkinan paling teruk.

Sebelumnya, tayangan 'Innocence of Muslims' sudah disekat di Libya dan Mesir. Tayangan itu dipandang meresahkan umat Islam. Menyikapi itu Menko Polhukam Djoko Suyanto pun meminta agar Kementerian Kominfo yang dipimpin Tifatul Sembiring akan mengambil tindakan.


"Apabila dipandang bahawa filem tersebut mudaratnya jauh lebih besar dari manfaatnya dan mengakibatkan buruk di kehidupan masyarakat, Kementerian Kominfo boleh meminta penamatan penyiaran filem yang memanfaatkan ruang youtube tersebut," jelas Djoko dalam satu kenyataan, pada Khamis 13/9/2012 lalu.

0 comments:

Post a Comment