23 September 2012

Iklan provokasi Sokong Israel Tolak Jihad di stesen bawah Tanah New York City

Dalam satu langkah yang mungkin boleh mencetuskan kembali kemarahan umat Islam setelah filem menghina Nabi Muhammad SAW, satu iklan yang menyebut jihad sebagai bentuk tindakan kejam, telah muncul di stesen keretapi bawah tanah di New York City.

"Ini seperti filem anti-Islam yang mencipta kontroversi," Ibrahim Hooper, jurucakap Council on American-Islamic Relations (CAIR), seperti dipetik oleh Reuters, sebagaimana disiarkan onislam.net, Khamis 20 September.

"Hal ini dirancang untuk menyinggung, dirancang untuk memprovokasi."

"Dalam setiap peperangan antara manusia beradab dan liar, sokong manusia beradab. Sokong Israel / kalahkan Jihad" kandungan iklan itu.

Iklan-iklan itu sebenarnya ditolak oleh Metropolitan Transportation Authority (MTA) kerana bahasanya yang memprovokasi. Namun keputusan itu dicabar di mahkamah oleh American Freedom Defense Initiative, yang berada di belakang kempen iklan ini. Pada bulan Julai, Hakim Daerah AS Paul Engelmayer memutuskan bahawa iklan itu dilindungi oleh undang-undang atas dasar kebebasan berbicara. Walaupun setuju dengan MTA bahawa iklan itu "merendahkan sekumpulan orang mengikut agama," hakim memutuskan bahawa kumpulan itu berhak atas "peringkat tertinggi perlindungan di bawah Pindaan Pertama." Iklan ini akan dipaparkan pada Isnin ini.

Jihad sering disebutkan oleh media Barat sebagai "perang suci". 'Jihad' juga bererti "perjuangan" untuk berbuat baik dan untuk menghilangkan ketidakadilan, penindasan dan kejahatan dari masyarakat.

0 comments:

Post a Comment