25 September 2012

DNA membuktikan Darah Hitler berketurunan Yahudi dari Afrika

BRUSSELS - Diktator Nazi, Adolf Hitler dikenali sebagai seorang yang bersifat perkauman, ia meyakini keunggulan bangsa Jerman atau 'Arya' di atas bangsa-bangsa lain. Bahkan Hitler terang-terangan menunjukkan kebenciannya pada bangsa Yahudi.

Namun, berdasarkan ujian DNA yang dilakukan baru-baru ini menunjukkan fakta yang menakjubkan, Hitler ternyata keturunan Yahudi dan Afrika.

Sample diambil dari kerabat Hitler menunjukkan secara biologi ia mempunyai kaitan dengan bangsa-bangsa yang berusaha ia musnahkan.

Adalah wartawan, Jean-Paul Mulders dan sejarawan, Marc Vermeeren yang menggunakan DNA untuk mengesan 39 kerabat 'sang Fuhrer' awal tahun ini. Termasuk, seorang petani Austria yang diketahui satu-satunya sepupu Hitler, Norbert H.

Sampel DNA juga diambil dari seorang warga Amerika Alexander Stuart-Houston, 61, cucu anak saudara Hitler.

Sebuah akhbar Belgium memberitahu, sampel dari saliva atau air liur yang diambil dari orang-orang tersebut yang mengesan asal usul darah Hitler. Kromosom yang disebut Haplopgroup E1b1b (Y-DNA) terdapat dalam sejumlah sampel itu, dan sangat jarang ditemui di Jerman, bahkan di Eropah Barat.

"Ini biasanya ditemui di Maghribi, Algeria, Libya, Tunisia juga diantara Yahudi Ashkenazi dan Sephardic," kata Vermeeren, seperti terkandung di laman Daily Mail, 23 Ogos 2010 dahulu.

"Ini salah satu kenyataan bahawa Hitler ternyata bahagian dari bangsa yang ia benci," tambah Mulders dalam Majalah Knack.

Haplogroup E1b1b1, yang menyumbang sekitar 18-20 peratus daripada bangsa Ashkenazi - dan 8.6 peratus hingga 30 peratus daripada Sephardic-kromosom Y, nampaknya menjadi salah satu pembangun garis keturunan utama dari penduduk Yahudi.

"Ini keputusan yang mengejutkan," kata Ronny Decorte, pakar genetik yang setuju Hitler mungkin mempunyai keturunan di Afrika Utara.

Majalah Knack mengatakan, DNA diuji dalam keadaan makmal yang ketat untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

Ini bukan pertama kali sejarawan meyakini Hitler keturunan Yahudi. Ayahnya, Alois, diyakini keturunan tak sah seorang pembantu bernama Maria Schickelgruber, dan seorang lelaki Yahudi yang ketika itu berusia 19 tahun bernama Frankenberger.

Sebuah laporan menyebutkan, anak saudara Hitler, Patrick pernah menghantar surat dalam tin ke bapa saudaranya - amaran tentang isu sensitif soal darah campuran Alois Hitler.

Menanggapi hal itu, Hitler pernah memanggil peguamnya, Hans Frank untuk menyiasat perkara itu. Sebelum Perang Dunia II berlaku, tuntutan itu diumumkan 'tanpa dasar'.

"Hitler tak akan senang dengan penemuan ini," kata Decorte dari Universiti Katolik Leuven. "Ini bertentangan dengan konsep Nazi terhadap dunia bahawa bangsa dan darah adalah persoalan sentral.".

0 comments:

Post a Comment