25 September 2012

Biadab Iklan Kontroversi Tentang Jihad sudah dipasang di New York

Tak lama selepas filem buatan AS menghina Nabi Muhammad SAW, iklan provokasi yang menyamakan Jihad kekejaman muncul dalam sepuluh stesen keretapi bawah tanah di New York City.

"Dimana perlindungan agama di Amerika?" Javerea Khan, 22, seorang Muslim kelahiran Pakistan dari Bronx, kepada Reuters, sebagaimana dilaporkan onislam.net, 25 September semalam.

"Kata 'savage (biadab)' benar-benar mengganggu masyarakat Muslim. Tapi sukar bagi saya untuk melihat poster ini dan menganggapnya serius."

Khan berada di antara penumpang yang melihat iklan menyamakan Jihad dengan kebiadaban yang dipasang di sepuluh stesen keretapi bawah tanah di New York City pada hari Isnin, tanggal 24 September lalu.

"Dalam setiap peperangan antara manusia beradab dan liar, dukung manusia beradab. Sokong Israel / kalahkan Jihad" kandungan iklan itu.

Iklan-iklan itu sebenarnya ditolak oleh Metropolitan Transportation Authority (MTA) kerana bahasanya yang memprovokasi. Namun keputusan itu dicabar di mahkamah oleh American Freedom Defense Initiative, yang berada di belakang kempen iklan ini. 

Pada bulan Julai, Hakim Daerah AS Paul Engelmayer memutuskan bahawa iklan itu dilindungi oleh undang-undang atas dasar kebebasan berbicara. 

Walaupun setuju dengan MTA bahawa iklan itu "merendahkan sekumpulan orang mengikut agama," hakim memutuskan bahawa kumpulan itu berhak atas "peringkat tertinggi perlindungan di bawah Pindaan Pertama."

0 comments:

Post a Comment