29 August 2012

Turki sudah tutup sempadan, Pelarian Syria Makin Tertekan

Turki telah menutup sempadan dengan Syria sehingga mengakibatkan ribuan pelarian terdampar di sempadan.

Kerajaan Turki mengatakan menutup sempadannya dengan Syria kerana tidak mampu lagi menampung pelarian di kem-kem pelarian yang telah penuh sesak.

Pada hari Selasa, beberapa media Turki memetik kuasa kerajaan Turki yang mengatakan jumlah pelarian Syria yang berlindung di kem-kem Turki telah melebihi angka 80,000 pelarian dan negara ini tidak mampu menampung lebih banyak lagi.


Sekurang-kurangnya 7,000 warga Syria telah berkumpul di dua pos pemeriksaan sempadan, di selatan Turki, mencari suaka. Sementara, hanya 12 orang yang tengah cedera dibenarkan untuk menyeberangi sempadan pada hari Selasa lalu.

Ribuan warga Syria yang tinggal di kampung-kampung berdekatan sempadan telah menyeberang ke Turki untuk mencari perlindungan selepas pelancaran operasi oleh pasukan keselamatan Syria di bandar-bandar dan desa-desa sempadan untuk memburu para pejuang pembebasan.

Para pelarian telah tinggal di kem-kem pelarian di wilayah Turki seperti, Hatay, Gaziantep, Urfa dan Kilis dekat sempadan Syria.

0 comments:

Post a Comment