9 July 2012

Wilders tak henti-henti beri tekanan pada Kebangkitan Islam Amerika

Memberi mesej Islamophobia di negeri Colorado, politik dan ahli-ahli parlimen, Geert Wilders, telah meminta penggubal undang-undang Amerika untuk melarang pembangunan masjid bagi membantu menghentikan apa yang disebut sebagai 'Islamisasi' di Barat.

"Jika kita tidak menghentikan Islamisasi, kita akan kehilangan segalanya: identiti kita, budaya kita, negara demokrasi berperlembagaan kita, kebebasan kita, dan peradaban kita," Wilders mengatakan dalam Sidang Kemuncak Konservatif Barat di Colorado.

Wilders, pemimpin Parti Kebebasan sayap kanan, mengatakan bahawa pengharaman terhadap masjid akan membantu menghentikan Islamisasi Eropah dan Amerika Syarikat.

"Kita harus melarang pembangunan masjid baru. Cukup sudah Islam di barat."

Wilders terkenal kerana aksi anti Islam. Dia pernah menyeru larangan Al-Quran dan menyebutkan kitab suci umat Islam tersebut sebagai kitab yang "fasis". Pada tahun 2008, Wilders mengeluarkan filem dokumentari berjudul 'Fitna' selama 15 minit yang menuduh Al-Qur'an menghasut kekerasan.

Kempen anti Islam-nya juga telah membantunya membuat keuntungan terbesar bagi partinya sejak Wilders ditubuhkan pada tahun 2006.

Seruan Wilders kepada ahli perundangan di negara bahagian Amerika tesebut turut mendapat sokongan.

"Anda tahu, kami harus mendengar lebih banyak tentang itu, kerana, seperti kata dia, masjid tidaklah seperti gereja-gereja, sebagaimana kami (orang Amerika) akan berpandangan terhadap gereja," kata Senator Negeri Colorado Kevin Grantham pada The Statesman Colorado.

"Mereka (Muslim) berpandangan bahawa masjid lebih sebagai tempat berpijak ke dalam masyarakat, lebih dalam lagi secara budaya dan dalam erti nasionalis. Gereja kita, kita tidak merasa seperti itu, gereja (hanyalah) tempat ibadah, dan masjid tidak hanya itu , dan kita perlu berfikir sebelum bersetuju pembangunan masjid tersebut, "katanya.

Di seluruh Amerika, pembangunan masjid menghadapi tentangan hebat baru-baru ini. Sekurang-kurangnya 18 projek Masjid dari Mississippi hingga Wisconsin mendapat tentangan dalam proses pembangunannya dengan pelbagai alasan seperti masalah lalu lintas hingga keganasan. Namun tidak semua anggota undang-undang mempunyai pandangan yang sama. Senator Colorado Kevin Lundberg mengkritik seruan Wilders untuk melarang masjid di Amerika Syarikat.

"Wilders menunjukkan beberapa perhatian untuk beberapa masalah yang telah terjadi di negeri ini, dan ada beberapa masalah yang kita perlu sedari dari sini, tapi saya belum bersedia untuk menyokong apa yang dikatakannya," katanya.

Senator Lundberg mengatakan bahawa semua orang Amerika mesti mempunyai kebebasan penuh membangun tempat ibadah mereka.

"Kami adalah masyarakat yang bebas, dan ada risiko dengan kebebasan," kata Lundberg.

0 comments:

Post a Comment