5 July 2012

[Video]Polis Israel Belasah Kanak-kanak Palestin

Kumpulan Hak asasi manusia B'Tselem, telah upload video yang menunjukkan pegawai polis Israel secara ganasnya menyerang kanak-kanak Palestin, memberikan lebih banyak bukti kekerasan Israel terhadap anak-anak Palestin.

Sukarelawan mengambil video di Masjid Ibrahimi di kota Al-Khalil (Hebron) di bahagian selatan Tebing Barat pada tarikh 29 Jun dan kemudian kumpulan hak asasi manusia tersebut mengupload video di YouTube, pada hari Isnin lalu.

Video ini menunjukkan seorang polis sempadan menangkap seorang budak sembilan tahun, yang dikenal pasti sebagai Abdul Rahman Burkan, dan menjatuhkannya ke tanah pada ketika anak itu berteriak. Seorang polis kedua kemudian terlihat mendekati anak itu dan menendangnya.

B'Tselem mengatakan dalam sebuah pernyataan bahawa video tersebut telah dihantar ke para pegawai Israel untuk penyelidikan, menambah, "Kami akan membuat aduan terhadap pegawai kepada Jabatan Siasatan Polis."

Namun, penyelidikan sebelumnya ke atas  insiden serupa tidak jelas. B'Tselem sering menerbitkan bukti tentera dan polis Israel menyiksa rakyat Palestin.

0 comments:

Post a Comment