8 July 2012

[Video] Ahli Politik Jordan Cabut Pistol Ketika Debat di TV secara langsung

Penonton sebuah debat politik Jordan yang disiarkan secara langsung oleh sebuah stesen televisyen mendapat tayangan yang mengejutkan. Seorang peserta debat, Mohammad Shawabkeh, tiba-tiba mengangkat pistol pada lawannya, Mansour Murad.

Al Arabiya Sabtu 7 Julai 2012 memberitahu, awalnya Murad, seorang aktivis politik, menyebut kabinet pemerintahan Jordan dengan sebutan parasit korup.

Shawabkeh, yang merupakan seorang ahli parlimen, membalas dengan berkata, "anda tidak punya hak mengkritik kerajaan sementara anda sendiri menyokong rejim Syria."

Insiden bermula apabila Murad kemudian mencela ayah Shawabkeh, sehingga kasut Shawabkeh terkena di wajahnya dengan tepat. Tak cukup di situ, Shawabkeh juga mengeluarkan pistol disebalik jaketnya untuk menakut-nakutkan.

Usaha pengerusi majlis untuk memisahkan mereka berdua sia-sia. Adegan yang berlangsung selama setengah minit ini menjadi tontonan awam Jordan kerana kamera tidak dimatikan.

Merasa menjadi korban pergaduhan di hadapan umum, Murad membawa insiden ini ke muka pengadilan. Dia pun menyatakan tuduhan percubaan membunuh serta fitnah pada Shawabkeh. "Jika saya diam saja, itu bermakna tiada kebebasan bersuara," tegas Murad.

0 comments:

Post a Comment