18 July 2012

Pejabat kedutaan Syria di Kazakhstan dibakar

Pejabat kedutaan Syria di bandar terbesar Kazakhstan Almaty rosak teruk akibat kebakaran yang dipercayai dilakukan oleh kakitangan kedutaan, diduga serangan pembakaran berkaitan dengan konflik yang berkecamuk di negara itu.

Dilaporkan dari televisyen Kazakhstan KTK, bangunan tiga tingkat tempat kedutaan Syria dan dokumen telah dibakar seluruhnya bersama dengan semua arkib.

Dikatakan kakitangan yang diyakini penyerang telah melemparkan bom molotov ke arah bangunan dan motifnya bukan tindakan jenayah biasa kerana tidak ada barang berharga yang diambil. Setakat ini masih belum ada komen dari polis tempatan.

0 comments:

Post a Comment