5 July 2012

Kematian Yasser Arafat adalah kerana diracun

Para saintis dari sebuah lembaga Switzerland mengatakan mereka mempunyai bukti bahawa bekas pemimpin Palestin Yasser Arafat mungkin diracun dengan polonium.

Menurut penemuan kajian makmal yang dilakukan di Institut de Radiophysique di Lausanne, Switzerland, Arafat diracun oleh polonium, elemen radioaktif tinggi yang jarang ditemui.

"Saya dapat mengesahkan bahawa kami mengira jumlah tertentu, peningkatan polonium-210 di barang-barang milik Arafat yang mengandungi kesan dari cecair biologi," kata Dr Francois Bochud, pengarah lembaga ini.

Bochud menyatakan bahawa ujian difokuskan pada sampel biologi yang diambil dari benda milik Arafat, yang diberikan kepada isterinya, Suha Arafat, oleh rumah sakit di Paris di mana dia meninggal.

"Jika (Suha Arafat) benar-benar ingin tahu apa yang terjadi pada suaminya (kita perlu) untuk mencari sampel maksud saya penggalian yang dapat memberikan kami sampel yang mesti mempunyai jumlah yang sangat tinggi polonium jika benar ia diracun," tambahnya.

 Yasser Arafat pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), meninggal pada tarikh 11 November 2004, setelah beberapa minggu rawatan perubatan. Arafat dijumpai jatuh secara tiba-tiba pada Oktober 2004.

Pada ketika itu, pegawai Perancis menolak penyebab punca kematiannya atas dasar privasi, mencetuskan khabar angin bahawa Mossad telah meracuni dia dengan talium, unsur radioaktif.

Bekas perisikan Rusia Alexander Litvinenko juga diracuni oleh polonium. Di sebuah hotel di London pada tahun 2006, ia diberi secawan teh yang dicampur dengan racun.

Catatan perubatan yang diperoleh The New York Times pada 2005 menunjukkan, Arafat meninggal akibat stroke. Stroke tersebut kerana gangguan pendarahan yang disebabkan oleh jangkitan misteri.

0 comments:

Post a Comment