8 June 2012

Mahasiswa AS bergabung boikot Produk Israel

Pusat pengajian tinggi di AS telah bergabung dengan kempen antarabangsa memboikot produk-produk Israel untuk memprotes polisi perampasan tanah haram Tel Aviv dan penghancuran rumah di tanah Palestin.

The Flaming Eggplant, sebuah kafe yang dikendalikan oleh mahasiswa di Evergreen State College di Olympia di Washington, telah mengumumkan bahawa para mahasiswa telah memilih untuk memboikot produk Israel kerana membuat penempatan haram Yahudi di tanah Palestin untuk menamatkan penglibatan pengajian tinggi mereka dalam pelanggaran Israel ke atas hak warga Palestin.

Para pelajar mengatakan membeli barang-barang Israel bertentangan dengan misi mereka untuk "menyokong penyertaan politik dan secara langsung untuk mencipta masyarakat yang adil dan sama rata."

"Kami bangga untuk bergabung dengan gerakan tanpa kekerasan untuk menekan Israel kerana mengakhiri pelanggaran hak asasi manusia terhadap warga Palestin," kata mereka dalam satu kenyataan.

The Flaming Eggplant adalah perniagaan yang paling terkini yang bergabung dengan gerakan antarabangsa Boikot Divestasi, dan Sanksi (Boycott, Divestment and Sanctions - BDS) melawan produk-produk Israel dari penempatan Yahudi.

Mahasiswa universiti di AS, Britain, dan Belgium juga menyeru untuk memboikot Israel atas perlakuan buruk Tel Aviv pada tahanan Palestin, memperluaskan penempatan Yahudi haram di tanah yang diduduki, dan bertindak kejam ke atas Gaza.

0 comments:

Post a Comment