8 May 2012

Taliban Semakin Kuat dan Hebat

Anggota senior parlimen AS mengatakan kumpulan Taliban semakin kuat di Afghanistan sejak Amerika Syarikat menambah jumlah pasukannya pada tahun 2010.

"Saya fikir kami berdua mengatakan bahawa apa yang kami dapati adalah Taliban lebih kuat," kata Ketua Jawatankuasa Perisikan Senat Dianne Feinstein kepada Fox News Sunday dalam wawancara bersama-sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Kongres Mike Rogers, yang menyokong kenyataan, sebagaimana dilaporkan oleh presstv, Minggu 6 mei lalu.

Kedua-duanya baru saja kembali dari perjalanan di Afghanistan. Isu itu muncul, meskipun laporan terakhir minggu lalu ke Kongres oleh Jabatan Pertahanan AS yang menegaskan bahawa penghantaran 33,000 tentera tambahan oleh Presiden Barack Obama ke Afghanistan pada tahun 2010 telah melemahkan Taliban.

Selama kunjungannya ke Afghanistan, Obama sendiri mengatakan AS "telah mematahkan momentum Taliban.''

Pencerobohan pimpinan Amerika di Afghanistan dilancarkan pada tahun 2001. Serangan tersebut berjaya mengusir Taliban dari kekuasaan, tetapi perlawanan dari para pejuang Taliban terus berlangsung. Bahkan hingga Obama perlu untuk menambah tenteranya di sana.

PBB mengumumkan pada tarikh 4 Februari lalu bahawa 2011 adalah tahun yang paling kejam bagi warga awam Afghanistan.

Secara keseluruhan, 3,021 orang awam terbunuh dalam kekerasan berkaitan perang pimpinan AS dan 4,507 cedera pada tahun 2011. Jumlah korban menunjukkan kenaikan lapan peratus berbanding tahun sebelumnya dan kira-kira dua kali ganda dari tahun 2007.

0 comments:

Post a Comment