23 May 2012

Hari ini rakyat Mesir bangkit pilih Presiden secara bebas

Lima belas bulan selepas jatuhnya Hosni Mubarak, rakyat Mesir bersiap sedia untuk pergi ke TPS pada hari Rabu, 23 Mei untuk memilih presiden baru dalam pemilihan bebas pertama dalam sejarah Mesir.

"Pilihanraya presiden adalah tonggak dalam sejarah Mesir," Nabil Zaki, seorang penganalisis dari Ahram Center for Political and Strategic Studies, mengatakan kepada agensi berita Xinhua, sebagaimana dilaporkan oleh onislam.net pada Selasa 22 Mei lalu.

Rakyat Mesir akan pergi ke TPS pada hari Rabu dan Khamis untuk memilih presiden baru selepas Mubarak telah digulingkan dalam pemberontakan rakyat tahun lalu.

Tiga belas calon bersaing dalam pilihan raya, termasuk Mohamed Mursi calon dari Ikhwanul Muslimin, bekas Ketua Liga Arab Amr Moussa, aktivis Islam Abdel-Moneim Abul-Futuh dan bekas Perdana Menteri Ahmed Shafiq.

Tinjauan pendapat, sebahagian mengunggulkan dua aktivis Islam, Mursi dan Abul-Futuh, dan dua pegawai era Mubarak, Moussa dan Shafiq.

Dewan tentera sendiri telah menyatakan akan mematuhi keputusan pilihan raya dan langsung menyerahkan kuasa. Namun, rakyat masih risau pilihanraya justeru akan mendorong Mesir pada kekacauan.

0 comments:

Post a Comment