1 May 2012

Gempar! AS, Arab Saudi dan Qatar hantar Senjata kepada pemberontak Syria

Peguam Antarabangsa menyalahkan Amerika Syarikat, Israel, Arab Saudi dan Qatar atas edaran senjata ke Syria dan akibat bencana dari pembekal senjata tersebut, laporan Press TV.

Franklin Lamb membuat kenyataan pada hari Isnin (30/4) sehari selepas sebuah kapal kargo yang dihantar dari Libya sarat dengan senjata dinantikan  di Lubnan. Senjata-senjata itu dilaporkan dihantar untuk kumpulan-kumpulan bersenjata untuk melawan kerajaan Presiden Syria Bashar al-Assad.

"Kami mempunyai beberapa bukti berkaitan perkembangan Lutfallah II, kapal Sierra Leone, yang diambil dari Pantai Tripoli di Libya dan sekarang sedang di siasat oleh tentera Lubnan," kata Franklin Lamb dalam sebuah wawancara dengan Press TV.

Lamb mengatakan bahawa mempersenjatai para pemberontak Syria adalah strategi yang digunakan oleh Arab Saudi, Israel, Qatar, dan juga di Washington dengan kerjasama NATO untuk menukar kerajaan Syria.

"Dengan menghantar senjata  mampu menamatkan rejim di Syria. Dan ini amat penting buat mereka yang berada di sana dengan senjata," tambah Lamb.

Sejak awal rusuhan di Syria pada pertengahan Mac tahun lalu, penyeludupan senjata ke negara itu meningkat dihantar oleh pihak asing untuk membantu pemberontak melawan pemerintah Assad.

Damsyik telah berulang kali mengatakan bahawa kumpulan pengganas yang beroperasi di negara itu dibiayai dan dilengkapi oleh negara asing, terutama Arab Saudi dan Qatar.

Laporan penyiasatan terkini menunjukkan bahawa Qatar membina kekuatan tentera anti-Syria yang berpusat di Turki, dengan kerjasama ankara untuk menggulingkan kerajaan di Damsyik.

0 comments:

Post a Comment