10 April 2012

Zionis Israel Tukar Perkuburan Islam Palestin jadi tempat letak kenderaan

Sumber media Israel, Isnin 09/04/2012 lalu telah mendedahkan bahawa rejim Zionis Israel di Askalan, wilayah Palestin 1948, mengubah perkuburan Islam di kota tersebut menjadi tempat letak kereta, untuk melayani para peniaga Israel di pusat perniagaan yang ditubuhkan baru-baru ini di samping perkuburan, dan mengabaikan maruah perkuburan, sebagaimana dilaporkan oleh Infopalestina.

Surat khabar Maarev Israel edisi terbaru melaporkan bahawa seorang penduduk bandar tersebut telah menyampaikan kepada pihak rejim dan mengadukan hal tersebut, namun pihak rejim berdegil dan tetap menggunakan perkuburan untuk letak kereta.

Sementara itu anggota Arab di Knesset Israel, Ahmad Thibi, mengecam penggunaan kubur sebagai tempat letak kereta. Ia menyatakan, "Sekirannya perkuburan yahudi di Perancis digunakan sebagai tempat letak kereta, pasti Israel akan marah . Apa yang terjadi sekarang sungguh menyakiti kaum muslimin. "Ahmad menuntut pihak rejim Israel melarang letak kereta di dalam kawasan perkuburan.

P/S: Semoga Allah menghancurkan ISRAEL LAKNATULLAH !!

0 comments:

Post a Comment