28 April 2012

Wakil rakyat Australia Terlibat Demonstrasi di Malaysia

Seorang wakil rakyat asing menjadi pemantau pilihan raya bebas dan terlibat dalam demonstrasi di negeri ini. Kalaupun dibenarkan sebagai pemantau pilihan raya, bila pilihan raya Malaysia diadakan? sangat mencurigakan!

Diberitakan dari beberapa sumber antarabangsa, ketika demonstrasi besar-besaran di Malaysia berakhir, pihak polis menyembur ratusan penunjuk perasaan dengan air dan gas pemedih mata. Ternyata, salah seorang mangsanya adalah wakil rakyat Australia.

Diberitakan juga dari news.com.au, Pada 29/4/2012, senator Nich Xenophon nama pejabat Australia tersebut. Dia berada di Kuala Lumpur sebagai pemantau pilihan raya bebas di Malaysia.

"Polis terus melepaskan gas pemedih mata," kata Xenophon. "Sejumlah orang tercedera. Sebahagian lagi pengsan," sambungnya.

Selain Xenophon, ada seorang lagi bangsa Australia yang mengambil bahagian dalam pasukan pencari fakta Pilihanraya Malaysia. Ada juga negara-negara lain yang turut serta di dalamnya, seperti Jerman, India, Pakistan, Filipina, Thailand, Afrika Selatan, Turki dan Tunisia. Dilaporkan mereka semua diundang oleh Anwar Ibrahim.

Terdapat puluhan ribu orang penunjuk perasaan di pelbagai lokasi di Kuala Lumpur, Malaysia. Para penunjuk perasaan menuntut pilihan raya yang adil.

Belum ada laporan mangsa terkorban dalam aksi demo ini. Namun sejumlah penunjuk perasaan telah ditangkap.

Seorang pegawai polis Malaysia, Datuk Amar Singh mengatakan seperti diberitakan oleh harian Malaysia, The Star, Sabtu (28/4/2012), sebuah kereta polis diterbalikkan oleh massa di berhampiran pusat membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur.

Bahkan sebuah pistol polis dikhabarkan telah direbut dan dibawa lari oleh sejumlah penunjuk perasaan.

P/S: Boleh percaya ke dengan agensi berita nasional dan akhbar arus perdana Malaysia yang menjadi alat propaganda kerajaan UMNO/BN ni?

0 comments:

Post a Comment