29 April 2012

Video tanam hidup-hidup di Syria adalah lakonan semata-mata


Video yang bertajuk (طواغيت بشار يدفنون حياً ويقولون له_ قل لا إله إلا بشار) di YouTube ini adalah palsu, kerana ia berakhir dengan cepat selepas menaburkan tanah ke muka lelaki berkenaan. Selepas daripada Video ini tamat lelaki itu diangkat kembali dan dibersihkan wajah dan badannya semula. Video ini sama juga seperti berlakunya kezaliman semasa pemerintahan Saddam Hussein di Iraq dahulu. 

Ia adalah lakonan semata-mata untuk menunjukkan kepada dunia bahawa pemerintah Syria ini sangat zalim. Ramai dikalangan puak-puak arab yang memberi komen bahawa lelaki berkenaan mendapat upah daripada Amerika. Tetapi walaupun Video itu adalah rekaan semata-mata, dunia tidak menolak hakikat bahawa rejim Syria melakukan jenayah yang paling dahsyat.

Tetapi punca utama yang menimbulkan masalah di Syria adalah pasukan pembunuh upahan Amerika sendiri. Kerana jika AS mahu menyerang sebuah negara maka AS akan menghantar pasukan pembunuh di sana yang akan menjadikan penduduk sebagai sasarannya. Yang membunuh dan merogol rakyat Syria secara zalim itu adalah pembunuh upahan Amerika. Mereka adalah dari kalangan rakyat Syria sendiri.

 

Inilah taktik Amerika Syarikat mengupah orang-orang arab yang ektrimis begini sebelum menghantar bantuan ketenteraan ke Syria, Hakikat sebenarnya Amerika yang menghantar pasukan pembunuh bersenjata ke Syria yang akan menjadikan penduduk sebagai sasaran sebelum ia menyerang Syria.

Masih segar dalam ingatan umat Islam sedunia cara AS menghantar pasukan pembunuh ke Iraq pada tahun 2006-2007 yang lalu. Kemudian mereka mencipta perang saudara untuk mempertahankan kehadirannya di negara yang kaya minyak itu. Pasukan pembunuh untuk Syria telah diambil bekerja dari berbagai belahan dunia.

Akhirnya nasib Syria sama seperti Iraq. Saat ini NATO di Syria tengah mencari peluang campur tangan bersenjata di negara itu. Ada usaha NATO untuk mencipta perang saudara. Begitu juga dengan Israel cuba untuk memberi bantuan senjata kepada rakyat Syria untuk menentang Bashar Assad.

Syria telah mengalami rusuhan sejak pertengahan Mac 2011. Banyak nyawa terkorban, termasuk anggota pasukan keselamatan. Barat dan pembangkang Syria menuduh pemerintahlah yang membunuh penunjuk perasaan. Padahal kumpulan pengganas bersenjatalah yang bertanggung jawab atas rusuhan tersebut sesuai arahan dari luar negeri.

0 comments:

Post a Comment