12 April 2012

Sikap wanita Pakistan berpendidikan yang patut dicontohi

Tren positif keagaaman muncul di kalangan perempuan Muslim berpendidikan di Pakistan.

"Baru-baru ini terdapat ramai perempuan muda yang memaparkan Islam sangat tradisional," kata Maha Jehangir, seorang perunding 30 tahun kepada The Guardian.

"Ada keinginan yang mendalam untuk belajar."

Walaupun tiada statistik, tanda-tanda yang menunjukkan bahawa semakin banyak perempuan berpendidikan menggunakan nilai-nilai yang lebih Islami dalam hidup mereka.

Misalnya, di bahagian teknologi maklumat ibu pejabat Bank of Punjab, hampir semua pekerjanya memakai tudung.

"Saya adalah yang pertama," kata shumaila, 28 tahun, yang bekerja di bahagian teknologi maklumat.

Setahun yang lalu, tidak ada yang mengenakan jilbab Islami di pejabat yang sama.

"Saya mula membaca Al-Quran dengan baik dan bersembahyang lima kali sehari. Tiada sesiapa yang memaksa saya memakai tudung. Itu tidak mungkin (pemaksaan, red)," kata shumaila.

"Saya melihat hal ini kepada wanita-wanita lain di tempat kerja."

Bukan hanya pekerja-pekerja wanita yang menunjukkan sisi-sisi keislaman mereka. Semakin ramai juga wanita yang bergabung dengan kumpulan keagamaan, seperti Jamaat-e-Islami (JI).

"Bahagian wanita kami yang melakukan (aktiviti dakwah, red) sangat baik," kata Syed Munawar Hassan, pemimpin JI di Pakistan.

Dia mengatakan bahawa  jumlah wanita yang telah bergabung dalam organisasinya semakin meningkat. Dalam JI Pakistan sendiri mempunyai 6 juta ahli dan 30,000 pengurus.

"Mereka (para wanita) adalah pengurus terbaik kami."

Secara tradisional pengambilan kelas menengah ke bawah, JI telah berkembang dalam beberapa tahun terakhir di kalangan atasan di Pakistan kerana pembangunan dan pertumbuhan ekonomi.

Beberapa orang mengatakan bahawa kemarahan orang awam atas peranan Pakistan dalam perang melawan keganasan pimpinan AS sebagai alasan utama di sebalik tren positif keagamaan yang berkembang di kalangan wanita Pakistan.

"Orang-orang yang terlibat dalam perang melawan keganasan yang tertanya-tanya, apa ertinya menjadi sekutu NATO? Adakah India musuh terburuk kita?" Jehangir, yang tinggal di sebuah rumah di salah satu bahagian yang paling eksklusif dari Islamabad.

"Kita digesa oleh semua maklumat ini dan ada keperluan yang mendalam untuk jawapan," katanya, menambah bahawa banyak bertemukan jawapan dalam pelbagai ilmu dalam Islam.

Pengaruh lain adalah kembalinya sejumlah orang dari Timur Tengah. Mereka membawa pengalamannya tinggal di negara-negara Teluk ke tanah air mereka.

"Semua yang kita pelajari berasal dari Al-Quran. Matematik, komputer, perbankan," kata Amna, seorang mahasiswa jurusan perniagaan dan ekonomi yang ayahnya adalah seorang pengurus di sebuah syarikat besar di Arab Saudi.

Amna, yang memakai purdah sebagaimana wanita Saudi pakai, menyatakan tidak benar bila menganggap bahawa wanita yang lebih berpendidikan pasti akan berfikiran sekular.

"Al-Quran mengandungi segala-galanya," katanya.

Selain JI, organisasi lain juga mengalami menarik minat para wanita seperti Al Huda dan Al Mawrid Institure. Ramai dari ahli mereka adalah wanita bergelar sarjana, doktor, profesor dan juga suri rumah tangga. Mereka ingin mendalami dan mengenal Islam dengan lebih baik.

"Kami belajar Al Quran secara terperinci namun kami membincangkan agama lain juga," kata Kaukab Shehzad, seorang guru yang turut aktif dalam kegiatan islam.

0 comments:

Post a Comment