4 April 2012

Sasaran Bom al-Shabab kepada menteri dan ahli-ahli perundangan yang khianat

Sebuah letupan berlaku di Teater Nasional, Mogadishu, Somalia, pada Rabu 04/04/2012 semalam, membunuh 10 orang dan beberapa orang tercedera . Dua diantara 10 mangsa adalah Presiden Jawatankuasa Sukan Olimpik Somalia dan Presiden Persekutuan Bola Sepak Somalia.

Hal ini disampaikan oleh Setiausaha Persekutuan Bola sepak Somalia, Shafici Mohyadin seperti dipetik di laman Al Jazeera.

Sementara itu, Jurucakap Operasi Tentera Al Shabaab, Sheikh Abdiasis Abu Musab, kepada agensi berita Reuters, mengatakan dirinya bersama yang lain berada di belakang teater saat letupan terjadi.

"Kami menyasar kepada para menteri dan ahli-ahli perundangan yang khianat,yakni  mereka yang menjadi korban (letupan) hari ini," katanya.

Abbas Abdi, seorang wartawan yang berada di Mogadishu mengatakan kepada Al Jazeera, menganggarkan suspek yang meletupkan teater nasional tersebut adalah si pelaku bom bunuh diri yang dipercayai menghancurkan acara perayaan TV Somalia. Ini kerana dalam acara majlis tersebut dihadiri oleh Perdana Menteri Somalia, Abdiweli Mohamed dan pegawai kerajaan lain.

Pejuang al-Shabab, meskipun telah menarik diri dari ibu negara pada Ogos lalu, terus menerus melakukan serangan dengan sasaran di tengah-tengah bandar menggunakan bom tepi jalan, mortar, dan bom bunuh diri.

Al-Shabab, 14 Mac lalu, selepas seorang si pelaku bom bunuh diri menyerang istana presiden, mengatakan akan melakukan serangan susulan yang lebih banyak lagi. Dan serangan di teater nasional itu merupakan sebahagian daripada janjinya.

Istana presiden telah menjadi sasaran serangan mortar berkali-kali dalam dua minggu terakhir oleh pejuang Al Shabab, meskipun mereka belum berjaya mengenainya.

0 comments:

Post a Comment